Followers

Sunday, August 30, 2009

Imarahkanlah RamadhanMu....


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (١٨٥

Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. Surah al Baqarah – Ayat 185

Ramadhan adalah satu bulan yang Allah swt menyebut namanya didalam kitab suci al Quran. Allah swt menjadikan ramadhan sebagai bulan berpesta bagi hambanya untuk melakukan ‘ibadah kepadaNya. Agungnya bulan ramadha sehinggakan Nabi saw berdoa ketikamana tibanya dibulan Rejab:

عن أنس قال : كان النبي صلى الله عليه و سلم إذا دخل رجب قال : اللهم بارك لنا في رجب و شعبان و بلغنا رمضان

Ketikamana Nabi saw masuk didalam bulan Rejab, Nabi saw berdoa: “Ya Allah , Engkau berkatilah kami didalam Bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami kepada Bulan Ramadhan”. Riwayat Baihaqi

kehadiran Ramadhan, adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan oleh setiap hamba yang mencarikan ketenangan dalam mengerjakan ‘ibadah. Ketibaannya disambut dengan penuh kegembiraan. Pada siangnya dipenuhi waktu dengan berpuasa dan malamnya dihiasi dengan tarawih dan qiamullail.

Kemeriahan Ramadhan dirasaai oleh seluruh umat islam. Masjid menjadi tempat utama untuk mengisi masa didalam Bulan Ramadhan. Bermula dari berbuka sehinggalah tarawih dan makan selepasnya.

Antara perkara yang dituntut didalam bulan Ramadhan ini:

Pertama:- Berpuasa.
Firman Allah swt:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (١٨٣

Wahai orang-orang Yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. Surah al Baqarah – Ayat 183

Sabda Nabi saw:

عن أبي هريرة عن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : ما من حسنة عملها بن آدم إلا كتب له عشر حسنات إلى سبعمائة ضعف قال الله عز و جل إلا الصيام فإنه لي وأنا أجزي به يدع شهوته وطعامه من أجلي الصيام جنة للصائم فرحتان فرحة عند فطره وفرحة عند لقاء ربه ولخلوف فم الصائم أطيب عند الله من ريح المسك
قال الشيخ الألباني : صحيح

“Tidaklah dari kebaikkan yang dilakukan oleh anak Adam itu melainkan ditulis baginya sepuluh kebaikkan sehingga tujuh puluh gandaan Firman Allah ‘Azza Wajalla melainkan puasa, sesungguhnya puasa bagi Aku dan Aku akan membalas kerana dengan berpuasa dia meninggalkan shahwatnya dan makannya, maka ganjaran puasa adalah Syurga. Bagi yang berpuasa dua kegembiraan, gembira ketika berbuka dan gembira ketika bertemu Tuhannya. Dan bau mulut orang yang berpuasa baik disisi Allah daripada bau kasturi”. Riwayat Nasai

Didalam hadis yang lain:

أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ حَدَّثَهُمْ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan penghayatan akan diampunkan dosa baginya apa yang telah lalu” Riwayat Bukhari dan Muslim

Kedua:- Sembahyang malam.
Firman Allah swt:

يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ (١)قُمِ اللَّيْلَ إِلا قَلِيلا

Wahai orang yang berselimut!.1. bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat) 2. Surah Al Muzammil– Ayat 1&2

Sabda Nabi saw:

أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ حَدَّثَهُمْ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Sesiapa yang mendirikan malam (Sembahyang) dimalam Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan akan diampunkan dosa baginya apa yang telah lalu”. Riwayat Bukhari dan Muslim

Didalam hadis yang lain:

عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما قال : قال لي رسول الله صلى الله عليه و سلم : يا عبد الله لا تكن مثل فلان كان يقوم الليل فترك قيام الليل

“Wahai Abdullah, jangan kamu mencontohi sifulan, dia bangun diwaktu malam tetapi dia meninggalkan sembahyang malam”. Riwayat Bukhari.

Ketiga:- Bersedakah.

1: Memberi makan.
Firman Allah swt:

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَى حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا (٨)إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لا نُرِيدُ مِنْكُمْ جَزَاءً وَلا شُكُورًا (٩)إِنَّا نَخَافُ مِنْ رَبِّنَا يَوْمًا عَبُوسًا قَمْطَرِيرًا (١٠)فَوَقَاهُمُ اللَّهُ شَرَّ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَلَقَّاهُمْ نَضْرَةً وَسُرُورًا (١١)وَجَزَاهُمْ بِمَا صَبَرُوا جَنَّةً وَحَرِيرًا (١٢

Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan, 8.(sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih, 9."kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut".10.Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati). 11.dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan syurga dan (persalinan dari) sutera.12. Surah Al Insan – Ayat 8-12

2: melaksanakan majlis berbuka pusa.

Sabda Nabi saw:

عن زيد بن خالد الجهني قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم* من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka baginya ganjaran seperti orang yang berpuasa selain darinya tanpa mengurang ganjaran orang yang berpuasa walaupun sedikit” Riwayat Nasaie

Keempat:- Memperbanyakkan membaca al Quran.

عن ابن مسعود يقول : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من قرأ حرفا من كتاب الله فله به حسنة و الحسنة بعشرة أمثالها أما أني لا أقول آلم حرف و لكن ألف حرف و لام حرف و ميم حرف

“Sesiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah (al Quaran) maka baginya satu kebaikkan, dan kebaikkan digandakan sepuluh sepertinya. Dan tidaklah kamu membaca alif lam mim satu huruf, tetapi alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf. Riwayat Baihaqi

Kelima:- Duduk didalam masjid dari sembahyang subuh sehingga terbit matahari.
Sabda Nabi saw:

قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - من صلى الفجر في جماعة ثم قعد يذكر الله حتى تطلع الشمس ثم صلى ركعتين كانت له كأجر حجة وعمرة تامة تامة تامة

“Sesiapa yang sembahyang subuh berjama’ah kemudian dia duduk mengingati Allah sehingga terbit matahari dan kemudiannya dia bangun sembahyang dua rakaat maka baginya seperti ganjaran haji dan umrah sempurna sesempurnanya” Riwayat Tarmizi

Keenam:- Ber’itikaf.
Sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Bukhari bahawasanya Nabi saw ber’itikaf didalam bulan Ramadhan

Ketujuh:- Berumrah.
قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم فإن عمرة في رمضان تقضي حجة معي

“Sesungguhnya umrah dibulan Ramadhan seperti menunaikan haji bersama aku”. Riwayat Bukhari

Kelapan:- Bersungguh dalam mencari Lailatul Qadar.
Firman Allah swt:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (١)وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (٢)لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (٣

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, 1.dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? 2.malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.3. Surah Al Qadar – Ayat 1-3

Dan Sabda Nabi saw:

عن أبي هريرة رضي الله عنه: عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : من قام ليلة القدر إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

“Sesiapa mandirikan malam al Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan maka akan diampunkan dosa baginya apa yang telah lalu”. Riwayat Bukhari dan Muslim

Kesembilan:- Memperbanyakkan zikir, doa dan istiqfar.
Ada beberapa masa yang disebut oleh nabi saw untuk kita berzikir, berdoa dan beristiqfar:

1: Sebelum berbuka. Sabda Nabi saw:

عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم ثلاثة لا ترد دعوتهم الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم

“Tiga keadaan yang tidak akan ditolak permintaannya: yang berpuasa sehingga ia berbuka, pemimpin yang adil, dan pemohonan orang yang dizalimi”. Riwayat Baihaqi

2: Satu pertiga di akhir malam. Sabda nabi saw:

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « إِذَا مَضَى شَطْرُ اللَّيْلِ أَوْ ثُلُثَاهُ يَنْزِلُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ هَلْ مِنْ سَائِلٍ يُعْطَى هَلْ مِنْ دَاعٍ يُسْتَجَابُ لَهُ هَلْ مِنْ مُسْتَغْفِرٍ يُغْفَرُ لَهُ حَتَّى يَنْفَجِرَ الصُّبْحُ ».

“Ketikamana berlalunya separuh malam atau satu sepertiganya, maka turunlah Allah Tabaraka Wata’ala ke langit dunia lalu Bersabda: “ Sesiapa yang memanggilKu, Aku akan datang padanya, sesiapa yang meminta kepadaKu, Aku akan memberi, sesiapa yang memohon ampun, aku akan mengampuni baginya sehingga tibanya waktu subuh”. Riwayat Muslim
Continue Reading...

Tuesday, August 18, 2009

Harga sebuah ketenangan


Fitrah manusia sememangnya inginkan ketenangan. Ketenangan dicari dan diburu oleh jutaan manusia di dunia pada hari ini. Terjadinya krisis di dunia pada hari ini kerana tiada ketenangan dan kasih sayang. Ketenangan adalah anak kunci pembuka gedung perasaan dan fikiran. Kita boleh membuka tabir-tabir perasaan manusia dengan ketenangan yang dimiliki. Kita juga boleh membuka lembaran fikiran manusia dan mengambil ilmu daripadanya.

Sebenarnya ketenangan itu menjadi kecemburuan orang, lebih-lebih lagi syaitan. Syaitan tidak dapat menguasai orang yang tenang. Demikian juga Yahudi, kafir dan munafik, mereka tidak dapat menguasai peribadi Muslim yang tenang. Ketenangan yang dimiliki apabila digunakan untuk menyuluh dan mengawal roh, perasaan dan jalan berfikir manusia, akan menghasilkan kesan yang hebat dan diluar jangkauan akal di dalam perlakuan mereka mengendalikan ekonomi, politik, pentadbiran dan kerja-kerja lain.

Ketenangan inilah yang dicari-cari oleh ahli fikir kerana mereka tahu bahawasanya idea yang hebat diwaktu tenang akan luar biasa kesannya kepada orang yang mendengar ucapan dan membaca tulisannya. Mereka yang mengeluarkan idea atau memerah fikiran di dalam keadaan jiwa gelisah dan tidak tenteram, sama seperti industri yang mengeluarkan bahan-bahan yang tidak bermutu atau rendah kualitinya. Besar kemungkinan barangan itu akan di reject oleh piawaian. Sekiranya dipasarkan juga ke tengah masyarakat, harganya akan jatuh menjunam. Demikian harga buah-buah fikiran dari mereka yang resah gelisah.

Ketenangan itu sangat tinggi nilainya. Ia tidak di Bursa Sahamkan. Tetapi diniagakan di dalam pasaran Kalbu Mukminin iaitu hati manusia di seluruh dunia dan sepanjang zaman. Ramai manusia yang cuba menanam modal untuk mengaut keuntungan yang besar iaitu ketenangan. Tetapi yang mencapai peringkat tenang itu sangat sedikit. Yang banyak ialah mereka yang salah menanam modal kerana ditipu oleh Bursa Saham Duniawi.

Sememangnya harta benda dunia itu diselaputi dengan keindahan dan ketenangan yang palsu.

Firman Allah swt :

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ (١٤)قُلْ أَؤُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرٍ مِنْ ذَلِكُمْ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَأَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَرِضْوَانٌ مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ (١٥)الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (١٦)

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).14. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan hamba-hambaNya;15. (Iaitu) orang-orang yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa Kami dan peliharalah Kami dari azab neraka";16. Surah Al Imran – Ayat 14-16

Ketenangan itu adalah harta kekayaan yang maknawi, yang tersirat, dan bukan pada zahiriah. Bukan barang nyata yang boleh dilihat oleh mata kepala. Tetapi ia berada di alam rasa yang luasnya lebih luas dari alam cakerawala. Dan untuk mendapatkannya adalah suatu perkara yang sangat sukar.

Allah swt Berfirman:

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ (٢٨)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Surah Ar Raad – Ayat 28


Mengingati Allah swt sehingga melahirkan ketenangan didalam jiwa bukanlah satu perkara yang boleh dimiliki dimana-mana. Ramai orang yang beribadah dan mengingati Allah swt, tetapi jiwa mereka kusut. Mengapa?. Mungkin kerana ibadah mereka itu tidak dijiwai dan dijagai adabnya. Tuntutan ibadah tidak sempurna atau tidak dilaksanakan. Ramai manusia yang berfikir apabila menunaikan ibadah kepada Allah swt, mereka telah sempurna melaksanakan tuntutan ibadah. Tetapi hakikatnya belum lagi selesai. Kerana tuntutan ibadah itu ada hubungannya dengan manusia. Ibadah melahirkan akhlak. Akhlak melahirkan kasih sayang dan kemesraan sesama manusia.

Jikal kasih sayang sesama manusia belum wujud di dalam diri kita, ertinya ibadah yang kita lakukan masih belum sempurna. Kerana itu ramai yang kita lihat rajin sembahyang, rajin berpuasa, rajin pergi umrah tetapi hati mereka tidak tenang. Kenapa? Kerana mereka rajin pergi umrah tetapi jiran mereka kelaparan mereka tidak ambil tahu. Mereka rajin bersembahyang, tetapi jiran mereka tidak ada pakaian, mereka tidak peduli. Tidak ada kasih sayang, tidak ada silaturahim. Maka hasilnya tiada keberkatan dan ketenangan.

Kerana itu barang siapa yang memiliki ketenangan, hendaklah menghebah dan memberikannya kepada manusia yang lain yang memerlukannya. Melalui nasihat, mendoakan orang yang gelisah agar mendapat ketenangan, Mempamerkan wajah tenang kepada orang yang gelisah.

Itulah tuntutan yang perlu disempurnakan apabila kita telah diberi nikmat ketenangan. Ni’mat jika kita mensyukuri dan menjagai dengan adab-adab dan tertib, maka akan ditambah oleh Allah swt. Perbanyakkanlah berdoa dan beribadat kepada Allah swt dengan penuh takut pada siksaannya dan mengharap pada keampunanNya. Semoga Allah swt memberikan kita ketenangan yang hakiki dan abadi. Amin ya Rabbal ‘Alamin

Continue Reading...

Sunday, August 9, 2009

Siapa yang mainkan siapa?

“Adik ni nak pi Yaman nanti” kata seorang pak cik kepada seorang yang berpangkat dato’ disebabkan mempunyai cucu. Dato’ ini yang dari tadi tersenyum melihat gelagat cucunya yang akan menyambung pelajaran ke sebuah Universiti tempatan. “Malam ni kenduri kesyukuran sempena cucu saya, dia nak pergi sambung belajar dekat Universiti minggu depan” kata dato’ kepada saya. “Adik bila nak pergi Yaman?” Tanya dato’. “Insya Allah dalam bulan tujuh ni” saya menjawab. “Ooo, Insya Allah” sebut dato’ itu perlahan. Riak wajahnya seperti mendengar cerita dongeng sambil menoleh kearah bertentangan dengan saya.

Saya kurang memahami, apakah kefahannya tentang “Insya Allah”. Mungkin dia merasakan hanya sekadar lafaz angan-angan yang tidak mungkin menjadi rialiti atau sekadar menjadi permainan dalam percakapan.

Ini sedikit gambaran orang kampung terhadap lafaz “Insya Allah”. Saya tidak menyangka bahawa manusia yang berada di Yaman mempunyai pemikiran yang hampir serupa. Ketika barbual dengannya:

“Dalam tentatif ni start program pukul tujuh, nanti jangan lambat pulak macam sebelum-sebelum ni” kata salah seorang kepada saya. Saya menjawab “Insya Allah”. Lalu dia mencelah dengan berkata “kalau saya, orang sebut “Insya Allah”, saya tak boleh nak terima. Sebab macam nak menyalahkan Allah pulak. Sedangkan itu salah kita. Kata “OK” la. Sebab semua ni atas kita”.

Termain didalam hati “Siapa yang menyalahkan siapa??”.

Erti “Insya Allah” ialah Jika Allah mengkehendaki. Lafaz ini adalah perlu ketika kita berjanji untuk masa akan datang kerana segala sesuatu akan berlaku mengikut apa yang dikehendaki olehNya. Sekiranya kita bejanji tanpa melafazkan “Insya Allah”, kemudian janji itu tidak dapat ditunaikan. Maka kita tergolong dikalangan orang yang memungkiri janji. Nabi saw bersabda:


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا ائْتُمِنَ خَانَ

“Tanda-tanda orang munafik ada tiga: Apabila bercakap ia berdusta, Apabila berjanji ia mungkiri, Apabila diberi amanh ia khianat”. Riwayat Bukhari dan Muslim

Adakah banar, lafaz “Insya Allah” itu ingin menyalahkan Allah?
Seandainya benar lafaz “Insya Allah” Adalah menyalahkan Allah. Ia tidak akan belaku kepada Nabi Musa as ketika bersama dengan Nabi Khidir as, sepertimana frman Allah swt:

قَالَ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا وَلا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا (٦٩

Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku "Insya Allah" orang yang sabar; dan Aku tidak akan membantah sebarang perintahmu". Surah Al Kahfi – Ayat 69

Mungkin ada sebahagian manusia menggunakan kalimah ini untuk mempersenda. Melafazkan “Insya Allah” dengan tujuan untuk melepaskan diri dari sesuatu yang akan menjadi kesalahan atasnya.

Pengertian “Insya Allah” memberi maksud perjanjian untuk melaksanakan serta menyerah segala urusan yang bakal dilaksanakan kepada Allah.

Ketika Allah swt menceritakan peristiwa yang akan berlaku kepada RasulNya, Allah swt juga menggunakan lafaz “Insya Allah” atas kehendakNya seperti mana firmanNya:

لَقَدْ صَدَقَ اللَّهُ رَسُولَهُ الرُّؤْيَا بِالْحَقِّ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ لا تَخَافُونَ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِنْ دُونِ ذَلِكَ فَتْحًا قَرِيبًا (٢٧

Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya Dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; Iaitu Sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam - insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) - Dalam keadaan aman (menyempurnakan Ibadat Umrah kamu) Dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah mengangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana ia mengetahui (adanya feadah Dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka ia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (Masa berlakunnya). Surah Al Fath – Ayat 27


Ardul Jannatain ujian buat orang yang terdahulu


Didalam surah yang lain Allah swt telah merakamkan satu kisah sebagai renungan yang telah berlaku kepada kaum yang terdahulu di bumi Yaman:


إِنَّا بَلَوْنَاهُمْ كَمَا بَلَوْنَا أَصْحَابَ الْجَنَّةِ إِذْ أَقْسَمُوا لَيَصْرِمُنَّهَا مُصْبِحِينَ (١٧)وَلا يَسْتَثْنُونَ (١٨)فَطَافَ عَلَيْهَا طَائِفٌ مِنْ رَبِّكَ وَهُمْ نَائِمُونَ (١٩)فَأَصْبَحَتْ كَالصَّرِيمِ (٢٠


Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka Dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi; -(17). serta mereka tidak menyebut (insya Allah). (18). maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur. (19). lalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya. (20). Surah Al Qalam – Ayat 17-20
Continue Reading...