Followers

Sunday, November 7, 2010

Ijtima' Mahbbah

Ijtima' Mahabbah

Program ini bertujuan untuk mengikat kembali ukhuwwah yang pernah terjalin dizaman persekolahan yang penuh dengan suka dan duka. Selain dari perkelahan yang mungkin mendatangkan kegembiraan, ia juga sebagai tempat berkongsi permasalahan yang berlaku dikalangan sahabat2 yang pernah berukhuwwah kerana Allah. Semoga ianya berjalan sepertimana yang dirancang...InsyaAllah.


Ya Allah...
Di sisi-Mu penuh dengan Rahmah,
Merentasi alam buat Insan yang lemah,
Engaku sediakan cinta buat orang yang mencinta,
Engkau sediakan siksa buat orang yang derhaka,
Aku tahu, Rahmat-Mu mengatasi segalanya,
Mengampuni setiap apa yang dipinta,
Selagi manusia tidak menyekutukan-Mu sebagai yang Esa,

Bagi diriku yang penuh dosa dan noda,
Yang tidak terdaya dan tanpa kuasa,
Ku mohon pada-Mu wahai Sang Pencipta,
Yang menguasai Alam Semesta,

Ku merancang apa yang ku rasakan baik buat sahabat2ku,
Yang ku dengari, 
Mereka sering terasa duka,
Aku tidak merasakan,
kerana kebencian-Mu yang mereka merasa terseksa,
Tetapi ku tahu,
Engkau menyusun beribu hikmah,
Di sebalik setiap peristiwa,

Oleh itu Ya Allah,
Engkau Bantulah aku,
Untuk menjayakan Program Ijtima' Mahabbah kerana-Mu,
Untuk kami mengeratkan lagi ukhuwwah,
Yang pernah Engakau jalinkan buat kami,
Wahai Tuhan-Ku....
Kerana ku tahu....
Takdirmu mengatsi apa yang manusia mahu...
Continue Reading...