Followers

Showing posts with label Kisah Teladan. Show all posts
Showing posts with label Kisah Teladan. Show all posts

Saturday, January 5, 2013

Kisah Nabi Musa as bertemu dengan Nabi Khidir as

Salam mahabbah dan salam ukhuwwah buat sahabat-sahabat yang membaca. Semoga Allah sentiasa memimpin kita kearah keredhaan-Nya..in sya Allah.

Ini adalah kisah Nabi Allah Musa as bertemu dengan Nabi Allah Khidir as yang telah diceritakan oleh Nabi saw didalam Riwayat Imam Al-Bukhari. Dan Allah swt juga ada menyebutnya di dalam surah al kahfi ayat 60-82.

Dalam kisah ini, terlalu banyak pengajaran yang boleh dan perlu kita ambil terutama sekali bagi seorang penuntut ilmu. 


Allah swt menyebut didalam al-quran: 

وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِفَتَاهُ لا أَبْرَحُ حَتَّى أَبْلُغَ مَجْمَعَ الْبَحْرَيْنِ أَوْ أَمْضِيَ حُقُبًا (٦٠)فَلَمَّا بَلَغَا مَجْمَعَ بَيْنِهِمَا نَسِيَا حُوتَهُمَا فَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ سَرَبًا (٦١)فَلَمَّا جَاوَزَا قَالَ لِفَتَاهُ آتِنَا غَدَاءَنَا لَقَدْ لَقِينَا مِنْ سَفَرِنَا هَذَا نَصَبًا (٦٢)قَالَ أَرَأَيْتَ إِذْ أَوَيْنَا إِلَى الصَّخْرَةِ فَإِنِّي نَسِيتُ الْحُوتَ وَمَا أَنْسَانِيهُ إِلا الشَّيْطَانُ أَنْ أَذْكُرَهُ وَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ عَجَبًا (٦٣)قَالَ ذَلِكَ مَا كُنَّا نَبْغِ فَارْتَدَّا عَلَى آثَارِهِمَا قَصَصًا (٦٤)فَوَجَدَا عَبْدًا مِنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِنْ لَدُنَّا عِلْمًا (٦٥)قَالَ لَهُ مُوسَى هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَى أَنْ تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا (٦٦)قَالَ إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا (٦٧)وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَى مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْرًا (٦٨)قَالَ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا وَلا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا (٦٩)قَالَ فَإِنِ اتَّبَعْتَنِي فَلا تَسْأَلْنِي عَنْ شَيْءٍ حَتَّى أُحْدِثَ لَكَ مِنْهُ ذِكْرًا (٧٠)فَانْطَلَقَا حَتَّى إِذَا رَكِبَا فِي السَّفِينَةِ خَرَقَهَا قَالَ أَخَرَقْتَهَا لِتُغْرِقَ أَهْلَهَا لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا إِمْرًا (٧١)قَالَ أَلَمْ أَقُلْ إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا (٧٢)قَالَ لا تُؤَاخِذْنِي بِمَا نَسِيتُ وَلا تُرْهِقْنِي مِنْ أَمْرِي عُسْرًا (٧٣)فَانْطَلَقَا حَتَّى إِذَا لَقِيَا غُلامًا فَقَتَلَهُ قَالَ أَقَتَلْتَ نَفْسًا زَكِيَّةً بِغَيْرِ نَفْسٍ لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا نُكْرًا (٧٤)قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكَ إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا (٧٥)قَالَ إِنْ سَأَلْتُكَ عَنْ شَيْءٍ بَعْدَهَا فَلا تُصَاحِبْنِي قَدْ بَلَغْتَ مِنْ لَدُنِّي عُذْرًا (٧٦)فَانْطَلَقَا حَتَّى إِذَا أَتَيَا أَهْلَ قَرْيَةٍ اسْتَطْعَمَا أَهْلَهَا فَأَبَوْا أَنْ يُضَيِّفُوهُمَا فَوَجَدَا فِيهَا جِدَارًا يُرِيدُ أَنْ يَنْقَضَّ فَأَقَامَهُ قَالَ لَوْ شِئْتَ لاتَّخَذْتَ عَلَيْهِ أَجْرًا (٧٧)قَالَ هَذَا فِرَاقُ بَيْنِي وَبَيْنِكَ سَأُنَبِّئُكَ بِتَأْوِيلِ مَا لَمْ تَسْتَطِعْ عَلَيْهِ صَبْرًا (٧٨)أَمَّا السَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَاكِينَ يَعْمَلُونَ فِي الْبَحْرِ فَأَرَدْتُ أَنْ أَعِيبَهَا وَكَانَ وَرَاءَهُمْ مَلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا (٧٩)وَأَمَّا الْغُلامُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤْمِنَيْنِ فَخَشِينَا أَنْ يُرْهِقَهُمَا طُغْيَانًا وَكُفْرًا (٨٠)فَأَرَدْنَا أَنْ يُبْدِلَهُمَا رَبُّهُمَا خَيْرًا مِنْهُ زَكَاةً وَأَقْرَبَ رُحْمًا (٨١)وَأَمَّا الْجِدَارُ فَكَانَ لِغُلامَيْنِ يَتِيمَيْنِ فِي الْمَدِينَةِ وَكَانَ تَحْتَهُ كَنْزٌ لَهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صَالِحًا فَأَرَادَ رَبُّكَ أَنْ يَبْلُغَا أَشُدَّهُمَا وَيَسْتَخْرِجَا كَنْزَهُمَا رَحْمَةً مِنْ رَبِّكَ وَمَا فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِي ذَلِكَ تَأْوِيلُ مَا لَمْ تَسْطِعْ عَلَيْهِ صَبْرًا (٨٢)

60. dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga Aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau Aku berjalan terus bertahun-tahun".

61. maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, Yang merupakan lorong di bawah tanah.

62. setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: "Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah Dalam perjalanan kita ini".

63. Temannya berkata: "Tahukah apa Yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? sebenarnya Aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah Yang menyebabkan Aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, Dengan cara Yang menakjubkan".

64. Nabi Musa berkata: "Itulah Yang kita kehendaki "; Merekapun balik semula ke situ, Dengan menurut jejak mereka.

65. lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami Yang telah Kami kurniakan kepadanya rahmat dari kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi kami.

66. Nabi Musa berkata kepadanya: bolehkah Aku mengikutmu, Dengan syarat Engkau mengajarku dari apa Yang telah diajarkan oleh Allah kepadaMu, ilmu Yang menjadi petunjuk bagiku?"

67. ia menjawab: "Sesungguhnya Engkau (Wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.

68. dan Bagaimana Engkau akan sabar terhadap perkara Yang Engkau tidak mengetahuiNya secara meliputi?

69. Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang Yang sabar; dan Aku tidak akan membantah sebarang perintahmu".

70. ia menjawab: "Sekiranya Engkau mengikutku, maka janganlah Engkau bertanya kepadaKu akan sesuatupun sehingga Aku ceritakan halnya kepadamu".

71. lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata: "Patutkah Engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya Engkau telah melakukan satu perkara Yang besar".

72. ia menjawab: "Bukankah Aku telah katakan, Bahawa Engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"

73. Nabi Musa berkata: "Janganlah Engkau marah akan daku disebabkan Aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah Engkau memberati daku Dengan sebarang kesukaran Dalam urusanku (menuntut ilmu)".

74. kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu Dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata "Patutkah Engkau membunuh satu jiwa Yang bersih, Yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya Engkau telah melakukan satu perbuatan Yang mungkar!"

75. ia menjawab: "Bukankah, Aku telah katakan kepadaMu, Bahawa Engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"

76. Nabi Musa berkata: "Jika Aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah Engkau jadikan daku sahabatmu lagi; Sesungguhnya Engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku".

77. kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok Yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: "Jika Engkau mahu, tentulah Engkau berhak mengambil upah mengenainya!"

78. ia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, Aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian Yang dimusykilkan) Yang Engkau tidak dapat bersabar mengenainya.

79. adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin Yang bekerja di laut; oleh itu, Aku bocorkan Dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja Yang merampas tiap-tiap sebuah perahu Yang tidak cacat.

80. adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang Yang beriman, maka Kami bimbang Bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan Yang zalim dan kufur.

81. oleh itu, Kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak Yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.

82. adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "Harta terpendam" kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang Yang soleh. maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka Yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). dan (ingatlah) Aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara Yang Engkau tidak dapat bersabar mengenainya".

Surah Al-Kahfi - Ayat 60-82



Imam Al-Bukhari menyebut:

- حدثنا علي بن عبد الله حدثنا سفيان حدثنا عمرو بن دينار قال أخبرني سعيد بن جبير قال قلت لابن عباس إن نوفا البكالي يزعم أن موسى صاحب الخضر ليس هو موسى بني إسرائيل إنما هو موسى آخر فقال كذب عدو الله حدثنا أبي بن كعب
 : عن النبي صلى الله عليه و سلم ( أن موسى قام خطيبا في بني إسرائيل فسئل أي الناس أعلم ؟ فقال أنا فعتب الله عليه إذ لم يرد العلم إليه فقال له بلى لي عبد بمجمع البحرين هو أعلم منك قال أي رب ومن لي به ؟ وربما قال سفيان أي رب وكيف لي به ؟ قال تأخذ حوتا فتجعله في مكتل حيثما فقدت الحوت فهو ثم وربما قال فهو ثمه وأخذ حوتا فجعله في مكتل ثم انطلق هو وفتاه يوسع بن نون حتى أتيا الصخرة وضعا رؤوسهما فرقد موسى واضطرب الحوت فخرج فسقط في البحر فاتخذ سبيله في البحر سربا فأمسك الله عن الحوت جرية الماء فصار مثل الطاق فقال هكذا مثل الطاق فانطلقا يمشيان بقية ليلتهما ويومهما حتى إذا كان من الغد قال لفتاه آتنا غداءنا لقد لقينا من سفرنا هذا نصبا ولم يجد موسى النصب حتى جاوز حيث أمره الله قال له فتاه أرأيت إذ أوينا إلى الصخرة فإني نسيت الحوت وما أنسانيه إلا الشيطان أن أذكره واتخذ سبيله في البحر عجبا فكان للحوت سربا ولهما عجبا قال له موسى ذلك ما كنا نبغي فارتدا على آثارهما قصصا رجعا يقصان آثارهما حتى انتهينا إلى الصخرة فإذا رجل مسجى بثوب فسلم موسى فرد عليه فقال وأنى بأرضك السلام ؟ قال أنا موسى قال موسى بني إسرائيل ؟ قال نعم أتيتك لتعلمني مما علمت رشدا قال يا موسى إني على علم من علم الله علمنيه الله لا تعلمه وأنت على علم من علم الله علمكه الله لا أعلمه قال هل أتبعك ؟ قال { إنك لن تستطيع معي صبرا . وكيف تصبر على ما لم تحط به خبرا - إلى قوله - إمرا } . فانطلقا يمشيان على ساحل البحر فمرت بهما سفينة كلموهم أن يحملوهم فعرفوا الخضر فحملوه بغير نول فلما ركبا في السفينة جاء عصفور فوقع على حرف السفينة فنقر في البحر نقرة أو نقرتين قال له الخضر يا موسى ما نقص علمي وعلمك من علم الله إلا مثل ما نقص هذا العصفور بمنقاره من البحر إذ أخذ الفأس فنزع لوحا قال فلم يفجأ موسى إلا وقد قلع لوحا بالقدوم فقال له موسى ما صنعت ؟ قوم حملونا بغير نول عمدت إلى سفينتهم فخرقتها لتغرق أهلها لقد جئت شيئا إمرا قال ألم أقل إنك لن تستطيع معي صبرا قال لا تؤاخذني بما نسيت ولا ترهقني من أمري عسرا فكانت الأولى من موسى نسيانا فلما خرجا من البحر مروا بغلام يلعب مع الصبيان فأخذ الخضر برأسه فقلعه بيده هكذا وأومأ سفيان بأطراف أصابعه كأنه يقطف شيئا فقال له موسى أقتلت نفسا زكية بغير نفس لقد جئت شيئا نكرا . قال ألم أقل لك إنك لن تستطيع معي صبرا قال إن سألتك عن شيء بعدها فلا تصاحبني قد بلغت من لدني عذرا فانطلقا حتى إذا أتيا أهل قرية استطعما أهلها فأبوا أن يضيفوهما فوجدا فيها جدارا يريد أن ينقض مائلا أومأ بيده هكذا وأشار سفيان كأنه يمسح شيئا إلى فوق فلم أسمع سفيان يذكر مائلا إلا مرة قال قوم أتيناهم فلم يطعمونا ولم يضيفونا عمدت إلى حائطهم لو شئت لاتخذت عليه أجرا . قال هذا فراق بيني وبينك سأنبئك بتأويل ما لم تستطع عليه صبرا . قال النبي صلى الله عليه و سلم وددنا أن موسى كا نصبر فقص الله علينا من خبرهما قال سفيان قال النبي صلى الله عليه و سلم يرحم الله موسى لو كان صبر لقص علينا من أمرهما )
 وقرأ ابن عباس " أمامهم ملك يأخذ كل سفينة صالحة غصبا " . " وأما الغلام فكان كافرا وكان أبواه مؤمنين "
 ثم قال سفيان سمعته منه مرتين وحفظته منه قيل لسفيان حفظته قبل أن تسمعه من عمرو أو تحفظه من إنسان ؟ فقال ممن أتحفظه ؟ ورواه أحد عن عمرو غيري سمعته منه مرتين أو ثلاثا وحفظته منه


Kami telah diberitahu oleh Ubai bin Ka’ab dari Nabi s.a.w bahawa Musa telah bangun berucap kepada Bani Israil lalu ditanya: “Siapakah manusia yang paling berilmu? 


Musa menjawab: “Aku”. 

Lalu Allah mencelanya kerana tidak mengatakan Allah lebih mengetahui tentangnya serta berfirman kepadanya: “Bahkan aku ada seorang hamba di tempat pertemuan dua laut yang lebih berilmu darimu!” 

Musa pun berkata: “Wahai Tuhanku bagaimanakah aku boleh menemuinya?” 

Allah berfirman: “Engkau bawalah seekor ikan di dalam bakul, di mana ikan itu hilang, di situlah dia berada.” 

Musa pun membawa seekor ikan di dalam bakul dan berjalan bersama-sama budaknya Yusya’ bin Nun, sehingga tiba ke sebuah batu besar dan menyandarkan kepala mereka kepadanya. Musa telah tertidur dan ikan itu bergerak dan melompat keluar dari bakul dan terjatuh ke dalam laut serta meluncur berenang. 

Tetapi Allah menahannya mengikuti arus air menyebabkannya terapung seperti pelampung. Kedua-dua mereka kemudiannya meneruskan perjalanan sepanjang hari dan malam. Pada keesokan hari, Nabi Musa meminta pembantunya mengeluarkan makanan kerana mereka lapar setelah berjalan jauh. Tetapi pembantu itu menjawab: 

“Ingatkah tuan ketika berada di batu besar? Ikan itu melompat keluar dari bakul dan saya terlupa memberitahu tuan, dan tidak ada yang melupakan saya melainkan syaitan. Ikan itu telah menuju ke laut dengan cara yang aneh!” 

Musa pun berkata: “Itulah tempat yang kita cari.” 

Lalu kedua-duanya berpatah balik sambil bercerita, hinggalah sampai ke batu besar tadi. Tiba-tiba di situ ada seorang lelaki yang berpakaian labuh. Nabi Musa memberi salam kepadanya, dan lelaki itu menjawabnya dan berkata: 

“Dari bumi mana salam mu itu?” 

Nabi Musa pun menjawab: “Aku Musa.” 

Lelaki itu bertanya: “Musa Bani Israil?” 

Nabi Musa menjawab: “Ya. Aku mengunjungimu agar engkau mengajar ilmu yang betul yang telah diajarkan kepadamu.” 

Lelaki itu berkata: “Wahai Musa! Sesungguhnya aku mengetahui dari ilmu Allah yang diajarkannya kepadaku yang engkau tidak mengetahuinya. Dan engkau mengetahui dari ilmu Allah yang diajarkannya yang aku tidak mengetahuinya!” 

Nabi Musa lalu bertanya: “Bolehkah aku mengikutimu?” 

Lelaki itu menjawab: “Engkau tidak akan dapat bersabar. Bagaimanakah engkau boleh bersabar melihat sesuatu yang engkau tidak tahu menahu tentangnya?” 

Nabi Musa berkata: “Insya-Allah engkau akan mendapatiku bersabar dan aku tidak akan membantah.” 

Lelaki itu berkata: “Jika engkau mengikutku, janganlah engkau tanyakan kepadaku tentang apa-apa pun sehingga aku terangkan kepadamu sebabnya.” 

Lalu kedua-duanya pun berjalan ke pantai dan menemui sebuah perahu. Mereka meminta orang-orang di perahu itu membawa mereka bersama-sama. Orang-orang itu kenal akan al-Khidir dan bersetuju membawa mereka tanpa upah. Apabila kedua-dua mereka berada di atas perahu itu, datang seekor burung dan bertenggek di tepi perahu itu sambil mematuk air laut sekali atau dua kali. 

Nabi Khidir pun berkata: “Wahai Musa! Ilmuku dan ilmumu tidak mengurangkan ilmu Allah sedikit pun sama seperti burung itu tidak mengurangkan air laut dengan patukan muncungnya!” 

Selepas itu Nabi Khidir mengambil sebilah kapak dan mengopak sekeping papan perahu tersebut. 

Lalu Nabi Musa bertanya: “Apakah yang engkau lakukan? Orang itu menumpangkan kita dengan percuma, tetapi  engkau merosakkan perahu mereka supaya mereka tenggelam lemas. Engkau telah melakukan sesuatu yang merbahaya!” 

Nabi Khidir menjawab: “Bukankah sudahku katakan engkau tidak akan dapat bersabar bersama-samaku?” 

Nabi Musa pun berkata: “Janganlah engkau menyalahkanku kerana suatu yang aku lupa dan janganlah menyusahkan aku dengan sesuatu yang sukar!” 

Setelah mendarat mereka temui pula seorang anak muda yang sedang bermain-main dengan kanak-kanak. Nabi Khidir lalu memegang leher anak muda itu dan memulas begini…(Sufyan menunjukkan dengan jarinya seolah-olah memetik sesuatu). 

Nabi Musa berkata: “Patutkah engkau membunuh seorang yang tidak berdosa? Sesungguhnya engkau telah melakukan sesuatu yang mungkar.” 

Nabi Khidir menjawab: “Bukankah sudah aku kata, engkau tidak akan dapat bersabar bersama-samaku?” 

Nabi Musa berkata: “Andainya aku menyatakan sesuatu lagi selepas ini, maka janganlah engkau berkawan lagi denganku. Sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan dariku.” 

Kedua-duanya pun meneruskan perjalanan mereka hingga tiba di sebuah kampung. Mereka meminta penduduknya memberi mereka makanan, tetapi orang-orang kampung itu menolak permintaan mereka. Kemudian kedua-duanya mendapati sebuah dinding condong yang hampir roboh, Nabi Khidir lalu menahannya dengan tangannya begini…….(Sufyan memberi isyarat seolah-olah menyapu sesuatu dari bawah ke atas). 

Nabi Musa pun berkata: “Kaum ini kita datangi dan mereka tidak memberi kita makanan dan tidak juga menjadikan kita sebagai tetamu, tetapi engkau menyandarkan diri ke dinding mereka yang condong, agar ia tidak runtuh. Sedangkan kalau engkau mahu, engkau boleh meminta upah dari mereka kerana pertolongan itu.” 

Nabi Khidir berkata: “Inilah bandingan antara aku dengan engkau. Sekarang aku akan memberitahumu pengertian yang tersembunyi dari perbuatan-perbuatanku yang engkau tidak dapat bersabar melihatnya itu….”

Dan Ibnu Abbas menyebut lagi bahawa " di depan mereka (ketika di laut) ada raja yg merampas semua perahu-perahu yang masih baik". Dan sesungguhnya budak itu adalah seorang yang kafir dan kedua ibu bapanya adalah orang yang beriman".

Dari kisah yang telah disebutkan oleh Allah swt dan Nabi saw tentang Nabi Musa dan Nabi Khidir ini, mempunyai pengajaran yang terlalu banyak. Antaranya, Jangan menganggap diri sendiri lebih dari orang lain kerana setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Orang yang Allah berikan ilmu, bukanlah bererti dia mengetahui semua perkara sepertimana kata Nabi Khidir kepada Nabi Musa: “Wahai Musa! Sesungguhnya aku mengetahui dari ilmu Allah yang diajarkannya kepadaku yang engkau tidak mengetahuinya. Dan engkau mengetahui dari ilmu Allah yang diajarkannya yang aku tidak mengetahuinya!” .

Dan kita juga perlu mangetahui bahawa, Ilmu Allah ini bukanlah sekadar apa yang termaktub didalam kitab atau buku yang perlu dipelajari didalam kelas semata-mata. Tetapi ilmu Allah itu perlu juga dipelajari melalui pengalaman hidup samaada dari diri sendiri atau orang lain.

Sebagai pengakhirannya, cuba kita fahami "Apabila kedua-dua mereka berada di atas perahu itu, datang seekor burung dan bertenggek di tepi perahu itu sambil mematuk air laut sekali atau dua kali. 

Nabi Khidir pun berkata: “Wahai Musa! Ilmuku dan ilmumu tidak mengurangkan ilmu Allah sedikit pun sama seperti burung itu tidak mengurangkan air laut dengan patukan muncungnya!” 



Continue Reading...

Sunday, February 13, 2011

Kisah Wanita Yang Berbicara Dengan Bahasa Al-Qur'an...

 Berkata Abdullah bin Mubarak Rahimahullahu Ta'ala :
Saya berangkat menunaikan Haji ke Baitullah Al-Haram, lalu berziarah ke makam Rasulullah sallAllahu 'alayhi wasallam. Ketika saya berada disuatu sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesosok tubuh berpakaian hitam yang dibuat dari bulu. Ia adalah seorang ibu yang sudah tua. Saya berhenti sejenak seraya mengucapkan salam untuknya. Terjadilah dialog dengannya beberapa minit.

Dalam dialog tersebut, wanita tua itu setiap kali menjawab pertanyaan Abdulah bin Mubarak, dia menjawab dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Walaupun jawabannya tidak tepat sekali, akan tetapi cukup memuaskan, karena tidak terlepas dari konteks pertanyaan yang diajukan kepadanya.

Abdullah    : "Assalamu'alaikum warahmatul-Lahi wabarakaatuh."
Wanita tua    :   {سَلاَمٌ قَوْلاً  مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ} (يس/58)
Maksudnya    : Ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani


Abdullah    : Semoga Allah merahmati anda, mengapa anda berada di tempat ini?"
Wanita tua     : {مَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَلاَ هَادِيَ لَهُ } (الأعراف/186)
Maksudnya    : Barang siapa disesatkan Allah, maka tiada petunjuk baginya
Dengan jawaban ini, maka tahulah saya, bahwa ia tersesat jalan.

Abdullah    : "Kemana anda hendak pergi?"
Wanita tua    : {سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى }  (الإسراء/1) 
Maksudnya    :  Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya di waktu malam dari masjid haram ke masjid     aqsa
Dengan jawaban ini saya jadi mengerti bahwa ia sedang mengerjakan haji dan hendak menuju ke masjidil Aqsa.


Abdullah    : "Sudah berapa lama anda berada di sini?"
Wanita tua     : { ثَلاَثَ لَيَالٍ سَوِيًّا} (مريم/10)
Maksdunya    :  Selama tiga malam dalam keadaan sihat

Abdullah     : "Apa yang anda makan selama dalam perjalanan?"
Wanita tua     : { هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ} (الشعراء/79)
Maksudnya    : Dialah Allah pemberi aku makan dan minum

Abdullah    : "Dengan apa anda melakukan wudhu?"
Wanita tua    : { فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا } (المائدة/6)
Maksudnya    : Bila tiada air maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih

Abdulah    : "Saya mempunyai sedikit makanan, apakah anda mau menikmatinya?"
Wanita tua     : { ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ} (البقرة/187)
Maksudnya    : Kemudian sempurnakanlah puasamu sampai malam , maghrib

Abdullah     : "Bukankah diperbolehkan berbuka ketika musafir?"
Wanita tua     : {وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ} (البقرة/184).
Maksudnya    : Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.


Abdullah     : "Mengapa anda tidak menjawab sesuai dengan pertanyaan saya?"
Wanita tua    : {مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ} (ق/18)
Maksudnya    : Tiada satu ucapan yang diucapkan, kecuali padanya ada Raqib Atid

Abdullah     : "Anda termasuk jenis manusia yang manakah, hingga bersikap seperti itu?"
Wanita tua    : {وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولاً} (الإسراء/36)
Maksudnya     : Jangan kamu ikuti apa yang tidak kamu ketahui, karena pendengaran, penglihatan dan hati, semua akan dipertanggung jawabkan

Abdullah    : "Saya telah berbuat salah, maafkan saya."
Wanita tua     : { لاَ تَثْرِيبَ عَلَيْكُمْ الْيَوْمَ يَغْفِرُ اللَّهُ لَكُمْ وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ} (يوسف/92)
Maksudnya    : Pada hari ini tidak ada cercaan untuk kamu, Allah telah mengampuni kamu dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani.

Abdullah    : "Bolehkah saya mengangkatmu untuk naik ke atas untaku ini untuk melanjutkan perjalanan, karena anda akan menjumpai kafilah yang di depan."
Wanita tua    : { وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللَّهُ} (البقرة/197)
Maksudnya    : Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah

Lalu wanita tua ini berpaling dari untaku, sambil berkata :
Wanita tua     : {قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ} (النور/30)
Maksdunya    : Katakanlah pada orang-orang mukminin tundukkan  pandangan mereka

Maka saya pun memejamkan pandangan saya, sambil mempersilakan ia mengendarai untaku. Tetapi tiba-tiba
terdengar sobekan pakaiannya, karena unta itu terlalu tinggi baginya. Wanita itu berucap lagi.
Wanita tua     : {وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ } (الشورى/30)
Maksudnya    : Apa saja yang menimpa kamu disebabkan perbuatanmu sendiri

Selesai mengikat unta itu saya pun mempersilahkan wanita tua itu naik.
Wanita tua    : { سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ}13)  { وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ }(الزخرف/14)
Maksudnya    : Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya , Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali
Sayapun segera memegang tali unta itu dan melarikannya dengan sangat kencang. Wanita tua itu berkata lagi.

Wanita tua     : {وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِنْ صَوْتِكَ}  (لقمان/19)
Maksudnya    : Sederhanakan jalanmu dan lunakkanlah suaramu

Lalu aku jadikan unta itu jalan dengan perlahan, sambil mendendangkan beberapa syair

Wanita tua     : {فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْ الْقُرْآنِ}  (المزمل/20) 
Maksudnya    : Bacalah apa-apa yang mudah dari Al-Qur'an

Abdullah     : "Sungguh anda telah diberi kebaikan yang banyak."
Wanita tua     : وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُوا الأَلْبَابِ}  (البقرة/269)
Maksudnya    : Dan tidaklah mengingat Allah itu kecuali orang yang berilmu


Dalam perjalanan itu saya bertanya kepadanya.

Abdullah     : "Apakah anda mempunyai suami?"
Wanita tua     : { يَا  أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ إِنْ تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ}  (المائدة/101)
Maksudnya    : Jangan kamu menanyakan sesuatu, jika itu akan menyusahkanmu
Maka aku senyap seketika sehingga berjumpa dengan kafilah di depan kami

Abdullah     : "Adakah orang anda berada dalam kafilah itu?"
Wanita tua     : {الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا}  (الكهف/46)
 Maksudnya    : Adapun harta dan anak-anak adalah perhiasan hidup di dunia
Baru saya mengerti bahwa ia juga mempunyai anak.

Abdullah     : "Bagaimana keadaan mereka dalam perjalanan ini?"
Wanita tua     : {وَعَلاَمَاتٍ وَبِالنَّجْمِ هُمْ يَهْتَدُونَ}  (النحل/16).
Dengan tanda bintang-bintang mereka mengetahui petunjuk

Dari jawaban ini dapat saya fahami bahwa mereka datang mengerjakan ibadah haji mengikuti beberapa petunjuk. Kemudian bersama wanita tua ini saya menuju perkemahan.

Abdullah     : "Adakah kamu kenal orang yang berada dalam kemah ini?"
Wanita tua     : {وَاتَّخَذَ اللَّهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلاً}  (النساء/125)
Maksudnya    : Kami jadikan ibrahim itu sebagai yang nabi yang dikasihi
        : {وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى تَكْلِيمًا}  (النساء/164) 
Maksudnya    : Dan Allah berkata-kata kepada Musa
        : {يَا يَحْيَى خُذْ الْكِتَابَ بِقُوَّة}  (مريم/12)
        : Wahai Yahya pelajarilah kitab itu bersungguh-sungguh

Lalu saya memanggil nama-nama, ya Ibrahim, ya Musa, ya Yahya, maka keluarlah anak-anak muda yang bernama tersebut. Wajah mereka tampan dan ceria, seperti bulan yang baru muncul. Setelah tiga anak ini datang dan duduk dengan tenang maka berkatalah wanita itu.

Wanita tua    : {فَابْعَثُوا أَحَدَكُمْ بِوَرِقِكُمْ هَذِهِ إِلَى الْمَدِينَةِ فَلْيَنظُرْ أَيُّهَا أَزْكَى طَعَامًا فَلْيَأْتِكُمْ بِرِزْقٍ مِنْهُ}  (الكهف/19)
Maksudnya    : Maka suruhlah salah seorang dari kamu pergi ke kota dengan membawa wang perak ini, dan carilah makanan yang lebih baik agar ia membawa makanan itu untukmu

Maka salah seorang dari tiga anak ini pergi untuk membeli makanan, lalu menghidangkan di hadapanku, lalu
perempuan tua itu berkata :

Wanita tua    : {كُلُوا وَاشْرَبُوا هَنِيئًا بِمَا أَسْلَفْتُمْ فِي الأَيَّامِ الْخَالِيَةِ}  (الحاقة/24)
Maksdunya    : Makan dan minumlah kamu dengan sedap, sebab amal-amal yang telah kamu kerjakan di hari-hari yang telah lalu

Abdullah     : "Makanlah kalian semuanya makanan ini. Aku tidak akan memakannya sebelum kalian mengatakan padaku siapakah perempuan ini sebenarnya."

Ketiga anak muda ini secara serentak berkata :
"Beliau adalah orang tua kami. Selama empat puluh tahun beliau hanya berbicara menggunakan ayat-ayat Al
Qur'an, hanya karena bimbang  tersalah bicara."

Lalu Abdullah bin Mubarak berkata Maha suci zat yang maha kuasa terhadap sesuatu yang dikehendakinya
dan berkata :

  ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ}  (الحديد/21)
Yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar



Dipetik dari kitab :  KaifaTahfazul Quran ( DR Mustafa Murad )
Continue Reading...

Wednesday, July 14, 2010

Sultan Muhammad Al-Fateh...

*HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE*

*Sabda Rasulullah saw ketika menggali Khandaq; *

“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
-Hadis riwayat Imam Ahmad-

Umat Islam berlumba-lumba untuk membebaskan Constantinople demi mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al-Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab:

"Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda dari sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople nanti".  
Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut *“sebaik-baik raja"** dan "sebaik-baik tentera"* di dalam Hadis tersebut?.


*PENGENALAN *

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki -Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai *"sebaik-baik raja"* di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran *Muhammad Al-Fateh* dan *Muhammad The Conqueror* kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Dan Ada dikalangan ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat akibat diracun.


*PENDIDIKAN *

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagaman, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang *fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.

*Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. 

Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.


*KEPERIBADIAN *

Baginda sentiasa bersifat *tawadhu' dan rendah diri* . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga orang-orang disekeliling dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja.

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulama’ dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.


*PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE*

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. 

Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. 

Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibin oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulama’ dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. 

Tentera Byzantine gementar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.


*MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE*

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.


*Menara Bergerak*

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.


*Bantuan Dari Pope Vatican*

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah Kapal Armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan Kapal Armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.


*Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung*

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai *antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia* oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.


*Memanjat dan Melastik Dinding Kota *

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.


*Karisma Seorang Pemimpin*

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya:

“Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!".

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.


*Penawanan Constantinople*

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada *Islambol (Islam keseluruhan)*. Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya-Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran *"Al-Fateh" *iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.


*SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA*

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, 

"Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!". 

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". 
Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!". 
Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri.

Baginda *tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh* . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al-Wali. 

Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
Continue Reading...