Followers

Wednesday, October 7, 2009

Antara Dua Persimpangan...

Firman Allah SWT:

وَهَدَيْنَاهُ النَّجْدَيْنِ (١٠
Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi). Surah Al Balad – Ayat 10

أَيَحْسَبُ الإنْسَانُ أَنْ يُتْرَكَ سُدًى (٣٦
Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan? ). Surah Al Qiamah – Ayat 36

Allah saw telah menentukan bagi manusia jalan yang ditempuhinya. Allah SWT menggariskan jalan tersebut di sisi-Nya dan meletakkan di hadapan manusia panji-panji matlamat kehidupan dan juga hikmat kejadiannya. Firman Allah SWT:

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لا تُرْجَعُونَ (١١٥)فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لا إِلَهَ إِلا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ (١١٦
"Maka Adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?" .115.

maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah yang Menguasai seluruh alam, lagi yang tetap benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. 116. Surah Al Mu’minuun – Ayat 110&116

Orang yang berbahagia ialah orang yang telah bertemu dengan pertolongan-Nya. Orang yang celaka ialah orang yang telah ditarik cahaya hidayah-Nya. Mereka meneroka perjalanan dengan pandangan yang ditutupi kabus kealpaan dan kelalaian. Seterusnya mereka tahu akan marhalah-marhalah perjalanan dan melangkah menuju ke matlamatnya. Firman Allah SWT:

فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِ إِنِّي لَكُمْ مِنْهُ نَذِيرٌ مُبِينٌ (٥٠)وَلا تَجْعَلُوا مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ إِنِّي لَكُمْ مِنْهُ نَذِيرٌ مُبِينٌ (٥١
(Katakanlah Wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), Sesungguhnya Aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata. 50.

"Dan janganlah kamu adakan Tuhan yang lain bersama Allah (dalam kepercayaan kamu), Sesungguhnya Aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata". 51. Surah Az Zariyat – Ayat 50&51

Apa sahaja yang menyebabkan manusia terpesong daripada sampai kepada-Nya, mengubah serta menyelewengkan manusia daripada menghadap-Nya, memisahkan manusia daripada bergantung serta berharap kepada-Nya, sama ada berupa hawa nafsu yang menguasai atau kemahuan yang degil atau kehendak-kehendak terhadap sesuatu yang cepat lupus dan hilang (duniawi), maka semua itu adalah ilah-ilah selain daripada-Nya. "Kedua-dua jalan tersebut tidak akan sama selama-lamanya". Firman Allah SWT:

أَفَمَنْ كَانَ مُؤْمِنًا كَمَنْ كَانَ فَاسِقًا لا يَسْتَوُونَ (١٨)أَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ جَنَّاتُ الْمَأْوَى نُزُلا بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (١٩)وَأَمَّا الَّذِينَ فَسَقُوا فَمَأْوَاهُمُ النَّارُ كُلَّمَا أَرَادُوا أَنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا أُعِيدُوا فِيهَا وَقِيلَ لَهُمْ ذُوقُوا عَذَابَ النَّارِ الَّذِي كُنْتُمْ بِهِ تُكَذِّبُونَ (٢٠
(Jika demikian halnya) maka Adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan). 18.

Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan. 19.

Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadaNya, serta dikatakan kepada mereka: "Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu". 20. Surah As Sajdah – Ayat 18-20

أَفَنَجْعَلُ الْمُسْلِمِينَ كَالْمُجْرِمِينَ (٣٥)مَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ (٣٦
Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat), sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur ingkar)?. 35.

apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?.36. Surah Al Qalam – Ayat 35&36
فَهَلْ يَنْتَظِرُونَ إِلا مِثْلَ أَيَّامِ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِهِمْ قُلْ فَانْتَظِرُوا إِنِّي مَعَكُمْ مِنَ الْمُنْتَظِرِينَ (١٠٢)ثُمَّ نُنَجِّي رُسُلَنَا وَالَّذِينَ آمَنُوا كَذَلِكَ حَقًّا عَلَيْنَا نُنْجِ الْمُؤْمِنِينَ (١٠٣)
Maka orang-orang yang tersebut tidak menunggu melainkan (azab Allah) sebagaimana kejadian-kejadian yang berlaku kepada orang-orang yang ingkar yang terdahulu daripada mereka. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tunggulah, Sesungguhnya Aku juga bersama-sama kamu dari orang-orang yang menunggu".102.

Kemudian Kami selamatkan Rasul Kami dan orang-orang yang beriman. Demikianlah juga, sebagai kewajipan Kami, Kami selamatkan orang-orang yang beriman yang menurutmu). 103. Surah Yunus Ayat 102&103

Sesungguhnya segala sesuatu itu berada di bawah kekuasaan Allah SWT. Firman Allah SWT:

وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ (٢١
Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Surah Yusuf – Ayat 21

Firman Allah SWT dalam Hadith Qudsi:

عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم ( إن الله قال من عادى لي وليا فقد آذنته بالحرب وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه فإذا أحببته كنت سمعه الذي يسمع به وبصره الذي يبصر به ويده التي يبطش بها ورجله التي يمشي بها وإن سألني لأعطينه ولئن استعاذني لأعيذنه وما ترددت عن شيء أنا فاعله ترددي عن نفس المؤمن يكره الموت وأنا أكره مساءته

“Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku (kekasih-Ku), Aku telah mengisytiharkan perang terhadapnya. Tidak ada cara bertaqarrub (mendekatkan diri) seorang hamba kepada Ku yang lebih Ku sukai melainkan melaksanakan kewajipan-kewajipan yang Ku fardhukan kepadanya. Namun sentiasa hamba-Ku itu berusaha mendekatkan diri kepada Ku dengan melakukan hal-hal yang sunat sehingga Aku pun mencintai (mengasihi)nya. Apabila dia telah Aku cintai, Akulah pendengarannya yang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memukul keras dan kakinya yang dengannya dia berjalan. Jika dia memohon kepada Ku, Aku akan kurniakan dan jika dia memohon perlindungan Ku, Aku akan melindunginya. Dan tidak pernah Aku ragu-ragu pada sesuatu di saat Aku akan melakukannya seperti ragu-Ku untuk mengambil jiwa orang mu’min yang enggan mati sedangkan Aku tidak suka mengganggunya (menyakitinya).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)
Continue Reading...

Thursday, October 1, 2009

15 Angkara Bala Allah...

قال النبي صلي الله عليه وسلم : إذا فعلت أمتى خمس عشرة خصلة حل بها البلاء : إذا كان المغنم دولا والأمانة مغنما والزكاة مغرما وأطاع الرجل زوجته وعق أمه وبر صديقه وجفا أباه وارتفعت الأصوات فى المساجد وكان زعيم القوم أرذلهم وأُكْرِمَ الرجلُ مخافة شره وشربت الخمور ولبس الحرير واتخذت القينات والمعازف ولعن آخر هذه الأمة أولها فليرتقبوا عند ذلك ريحا حمراء أو خسفا أو مسخا
أخرجه الترمذى

Jika berbuat oleh umat aku akan yang lima belas perkara ini, maka akan turunlah atas mereka itu bala:
1) apabila harta beredar disekitar orang yang tertentu sahaja,
2) apabila amanah jadi rampasan (rebutan),
3) apabila zakat dirasai seperti membayar hutang,
4) apabila suami menjadi hamba kepada isterinya,
5) apabila ibu diderhakai,
6) apabila terlampau memebetulkan kawannya ( keakraban taulannya sehingga membenarkan segala apa yang dikatakan olehnya),
7) apabila anak membenci bapanya,
8) apabila mengangkat suara yang lantang didalam masjid (bertelanggah didalam masjid),
9) apabila penghulu (ketua) bagi sesuatu kaum itu adalah orang yang paling hina,
10) apabila seseorang lelaki dimuliakan disebabkan oleh kajahatannya,
11) apabila seorang lelaki meminum segala arak,
12) apabila golongan lelaki memakai pakaian sutera,
13) apabila penyanyi perempuan disanjung tinggi,
14) apabila segala alat permainan dimainkan (apabila alat muzik dimainkan oleh orang ramai),
15) dan apabila telah mela’nat sesuatu kaum oleh umat awalnya

maka nantilah olehmu pada ketika itu akan kedatangan bala dalam bentuk angin merah atau ditenggelamkan dalam bumi atau diubahkan rupa kepada rupa yang buruk dan hina.

Riwayat Tarmizi
Continue Reading...

Tuesday, September 22, 2009

Berlalunya Ramadhan...



Wahai saudaraku…Ramadhan yang padanya dipenuhi dengan rahmah, keampunan dan mampu menghindarkan diri dari api neraka telah berlalu pergi meninggalkan kita. Apakah ia akan kembali menemui kita atau ia akan pergi dari kita buat selama-lamanya? Pasti tiada siapa yang mampu menjawabnya.

Oleh itu sebelum ia berlalu lebih jauh dari kita, gunakanlah kesempatan ini untuk merenung kembali sejauh mana ketaqwaan kita kepada Allah setelam mana kita melaksanakan tuntutan puasa sebulan dibulan Ramadhan sepertimana yang disarankan oleh Allah didalam potongan ayatNya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (١٨٣)

Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. Surah Al-Baqarah – Ayat 183

Berlalunya Ramadan bukanlah bererti terhentinya proses dalam mendidik diri serta mengawal nafsu untuk terus mengerjakan amal ibadah, malahan ia sebagai penggerak diri kita untuk terus menjadikan amaln seharian kita seperti berpuasa sunat, membaca al-Quran, bersedekah, menghadiri solat berjamaah di masjid atau surau dan sebagainya. Sekiranya tarbiah Ramadhan hanya mampu mengawal diri sekadar dibulan Ramadhan semata-mata, maka amat rugi dan malanglah kita kerana seorang mu’min itu hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

Syawal ini adalah bulan meraikan kemenangan kita setelah berjaya menewaskan nafsu dibulan Ramadhan yang lalu. Maka janganlah hari kemenangan ini dicemari dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan apa yanng dikehendaki oleh Allah swt. Nabi saw bersabda:

عَنْ أَبِى أَيُّوبَ الأَنْصَارِىِّ - رضى الله عنه - أَنَّهُ حَدَّثَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

“Sesiapa yang berpuasa sebulan Ramadhan kemudian dituruti selepasnya enam hari dari bulan Syawal maka dia seperti berpuasa sepanjang tahun” Riwayat Muslim

Inilah galakkan Nabi saw dan ianya juga bertujuan untuk kita terus melaksanakan ibadah kepada Allah aagar sentiasa dapat meningkatkan ketaqwaan kepadaNya.

Dalam meraikan kegembiraan Syawal, cuba kita renung apakah Ramadhan yang lalu benar-benar memberi kebaikkan kepada kita melalui beberapa perkara:

Pertama : Menilai Aspek Kesabaran dan Mengawal Emosi

Sepanjang Ramadhan kita dilatih supaya bersabar dalam semua aspek seperti menahan diri dari melakukan maksiat, juga bersabar dalam mengerjakan amal ibadah. Apakah kita masih berjaya mengawal semua itu walaupun kita berada diluar bulan Ramadhan?. Terutamanya anggota kita daripada melakukan perkara-perkara yang haram, seperti telinga tidak mendengar perkara yang dilarang, mata dijaga daripada melihat perkara maksiat, kaki tidak melangkah ke tempat yang diharam, mulut pula berhenti daripada mengumpat, berbohong, membuat fitnah dan sebagainya.

Kedua : Menilai Kemurahan Hati dan Melakukan Amal Kebajikan

Disepanjang Ramadhan kita dapat melihat manusia berlumba-lumba untuk bersedekah tetapi selepas berlalunya Ramadhan, apakah ianya terus berlaku ?. Maka dalam hal ini, marilah kita merenung diri, adakah kita termasuk dikalangan orang-orang yang pemurah dan suka melakukan amal kebajikan atau sebaliknya ?

Kerana sesungguhnya tujuan utama puasa adalah untuk mengendalikan diri manusia daripada cintakan dunia dan kemewahan hidup. Malahan dapat menguji keimanan serta mendekatkan diri kepada Allah swt Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Anbia ayat 90 :

إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ (٩٠)

Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada kami. Surah Al-Anbia’ – Ayat 90

Ketiga : Mencintai dan menghidupkan Amalan Membaca Al-Quran

Kita sedia maklum bahawa Ramadhan adalah saat yang paling sesuai untuk menimba dan mengali sebanyak mungkin rahsia kemuliaan dan keagungan al-Quran sebagai petunjuk bagi kehidupan manusia. Maka, apakah kita masih malas untuk membaca al-Quran?. Sedangkan di bulan Ramadhan ramai yang mampu khatam al-Quran. Lebih-lebih lagi Ramadhan disebut “Sahrul Quran” iaitu bulan yang didalamnya diturunkan al-Quran. Sabda Rasulullah s.a.w. :

أَبُو أُمَامَةَ الْبَاهِلِىُّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ « اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ

“Bacalah oleh mu al-Quran, kerana sesungguhnya al-Quran itu akan menjadi Syafa’at (penolong) bagi pembacanya di hari kiamat ”. Riwayat Muslim


Wahai Saudaraku yangku kasihi,

Berlalunya Ramadhan bersama janji Allah tentang ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dari bulan-bulan biasa, maka ramai dikalangan kita yang memohon doa agar dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.

Begitu juga, Ramadhan akan dirindui bukan hanya kerana peluang-peluang untuk beribadah serta untuk mendapatkan ganjaran yang dijanjikan tetapi pengajaran daripadanya amat penting untuk dinilai dan diteruskan sebagai contoh, disepanjang bulan Ramadhan, umat Islam samada secara sedar atau tidak telah mengunjungi Masjid, membaca al-Quran, berpakaian sopan mengikut tuntutan syariat Islam, bercakap benar, tidak mengunjungi tempat-tempat hiburan atau maksiat, bahkan golongan remaja pun pulang ke rumah dengan cepat selepas belajar atau dari tempat kerja semata-mata ingin bersama ahli keluarga untuk berbuka dan bersolat jamaah. Apakah ini tidak boleh diteruskan ?.

Selain itu, dalam kita merayakan Aidil Fitri, terdapat beberapa perkara yang perlu kita berikan perhatian bagi memastikan kita sentiasa dalam keredhaan Allah swt diantaranya :

  1. Jangan kita cemari kemuliaan Syawal dengan aktiviti-aktiviti yang bercanggah dengan syarak seperti hiburan yang melalaikan, melakukan pembaziran dalam menyediakan makanan dan sebagainya.

  1. Kita hendaklah sentiasa berjimat cermat dengan mengatur perbelanjaan mengikut keperluan supaya kita sentiasa dalam keadaan stabil dari menjadi orang yang boros.

  1. Hendaklah kita sentiasa menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan cara memakan makanan yang halal, bersih, berkhasiat dan dalam kuantiti yang diperlukan.

  1. Kita juga hendaklah sentiasa menjaga keselamatan diri dan kelurga serta orang-orang lain di sepanjang musim perayaan bagi mengelak dari sebarang tragedi malang menimpa diri kita dan orang lain.

Akhirnya, dikesempatan Syawal yang mulia ini saya ingin menyeru seluruh sahabat-sahabat agar menjadikan Aidil Fitri yang kita rayakan dapat mendekatkan diri dengan Allah swt serta mengharapkan disiplin tarbiah yang dibentuk sepanjang Ramadhan memberi kesan yang baik dan terus kekal dalam diri. Dan mudah-mudahan segala amalan yang kita kerjakan di bulan Ramadhan yang baru berlalu diterima Allah swt dan tidak menjadi sia-sia. INSYA ALLAH.

Continue Reading...

Salam 'Aidil Fitri...


Selamat Menyambut Hari Raya 'Aidil Fitri
Maaf Zahir & Batin...
Continue Reading...

Sunday, September 6, 2009

Enam Yang Mengelilingi Manusia


Abu Bakar ra berkata: "Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana Firmannya:

وَاللَّهُ يَدْعُو إِلَى الْجَنَّةِ وَالْمَغْفِرَةِ بِإِذْنِهِ (٢٢١)

“Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan Dengan izinNya”. Surah Al Baqarah – Ayat 221

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.

Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah swt, maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

Continue Reading...

Thursday, September 3, 2009

Nilai Setitis Air Mata...

Jenis-jenis Air Mata:

Kata Ibnu Qayyim, Ada 10 jenis tangisan:

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
2) Menangis kerana rasa takut
3) Menangis kerana cinta
4) menangis kerana gembira
5) menangis kerana menghadapi penderitaan
6) menangis kerana terlalu sedih
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah
8) Menangis untuk mendapat belas kesihan orang
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
10) Menangis orang munafiq (pura-pura)

Firman Allah saw:
وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَى (٤٣

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis; Surah An Najm – Ayat 43

Jadi Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi dan terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering dan ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus, seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti...jika air ini ditampung, kemungkinan ia mampu membanjiri dunia.

Tangis ini tercela atau terpuji?

Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan yang sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takutkan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka

RasululLah saw Bersabda: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api Neraka.dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan. Apabila seseorang daripada sesuatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati.tidaklah ada sesuatu pun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api Neraka”.

Air mata taubat Nabi Adam as

Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit kerana tersangat takut dan hiba terhadap dosa yang telah dilakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah swt telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata Adam lalu berkata: “Manis sungguh air ini”. Nabi Adam terdengar dan ia menyangka bahawa burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan lagi tangisannya.

Setelah itu Allah swt menerima taubat Nabi Adam as dan mewahyukan: "Wahai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air lebih lazat dariapada air mata taubatmu!”.

Air mata yang tidak dituntut

1. Jangan menangis jika tidak tercapai cita-cita kerana Allah swt telah menentukannya.
2. Jangan menangis ketika menonton filem Hindustan kerana itu hanya sekadar lakonan semata-mata.
3. Jangan menangis kerana cinta tidak terbalas kerana mungkin ia bukan jodoh yang telah ditetapkan
4. Jangan menangis kerana gagal dalam peperiksaan kerana mungkin kita kurang membuat persediaan
5. Jangan menangis jika kewangan hilang dijalanan kerana mungkin kerana kita kurang membuat sedekah dan ‘amalan.
6. Jangan menangis jika tidak dinaikkan pangkat kerana yakinlah bahawa rezqi itu pemberian Tuhan.

Oleh itu.....

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri yang akhirnya dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam mampu mengelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah saw. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis, membasahi dan menyuci hati sehingga ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan serta mendapat keampunanNya jua.

Junjungan Mulia Bersabda:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : عينان لا تمسهما النار ، عين بكت من خشية الله ، وعين باتت تحرس في سبيل الله

“Ada dua biji mata yang tidak akan disentuh api neraka, mata yang menangis kerana takut kepada Allah swt dan dua biji mata yang menjaga pasukan fisabililLah di waktu malam”. Riwayat Tarmizi


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله : ورجل ذكر الله خالياً ففاضت عيناه

“Di antara 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah swt di Hari Qiamat......seseorang lelaki yang mengingati Allah swt dalam kesunyian mengalirlah air matanya. Riwayat Bukhari & Muslim


قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : إذا اقشعر جلد العبد من خشية الله تحاتت عنه ذنوبه كما يتحات عن الشجرة اليابسة ورقها

“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah , maka berguguranlah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohanan yang kering”. Riwayat Baihaqi


Berkata salman Al Farisi ra: Aku dibuat menangis atas 3 perkara:

1) Berpisah dengan RasululLah saw dan sahabat-sahabat
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Izrail datang untuk mencabut nyawanya
3) Aku tidak tahu samaada aku akan diperintahkan untuk ke Syurga atau Neraka.
Air mata tanda rahmat Tuhan.

RasululLah saw Bersabda: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara:

1) Apabila dahinya berpeluh
2) Air matanya berlinang
3) hidungnya mengalir cecair seperti hingus

....kerana hal-hal tersebut menandakan Rahmat Allah swt terhadap si mayat.
Riwayat dari Salman al Farisi

Oleh itu, sucikanlah 4 hal dangan 4 perkara:

“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu
Dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu”.

Continue Reading...

Sunday, August 30, 2009

Imarahkanlah RamadhanMu....


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (١٨٥

Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. Surah al Baqarah – Ayat 185

Ramadhan adalah satu bulan yang Allah swt menyebut namanya didalam kitab suci al Quran. Allah swt menjadikan ramadhan sebagai bulan berpesta bagi hambanya untuk melakukan ‘ibadah kepadaNya. Agungnya bulan ramadha sehinggakan Nabi saw berdoa ketikamana tibanya dibulan Rejab:

عن أنس قال : كان النبي صلى الله عليه و سلم إذا دخل رجب قال : اللهم بارك لنا في رجب و شعبان و بلغنا رمضان

Ketikamana Nabi saw masuk didalam bulan Rejab, Nabi saw berdoa: “Ya Allah , Engkau berkatilah kami didalam Bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami kepada Bulan Ramadhan”. Riwayat Baihaqi

kehadiran Ramadhan, adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan oleh setiap hamba yang mencarikan ketenangan dalam mengerjakan ‘ibadah. Ketibaannya disambut dengan penuh kegembiraan. Pada siangnya dipenuhi waktu dengan berpuasa dan malamnya dihiasi dengan tarawih dan qiamullail.

Kemeriahan Ramadhan dirasaai oleh seluruh umat islam. Masjid menjadi tempat utama untuk mengisi masa didalam Bulan Ramadhan. Bermula dari berbuka sehinggalah tarawih dan makan selepasnya.

Antara perkara yang dituntut didalam bulan Ramadhan ini:

Pertama:- Berpuasa.
Firman Allah swt:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (١٨٣

Wahai orang-orang Yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. Surah al Baqarah – Ayat 183

Sabda Nabi saw:

عن أبي هريرة عن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : ما من حسنة عملها بن آدم إلا كتب له عشر حسنات إلى سبعمائة ضعف قال الله عز و جل إلا الصيام فإنه لي وأنا أجزي به يدع شهوته وطعامه من أجلي الصيام جنة للصائم فرحتان فرحة عند فطره وفرحة عند لقاء ربه ولخلوف فم الصائم أطيب عند الله من ريح المسك
قال الشيخ الألباني : صحيح

“Tidaklah dari kebaikkan yang dilakukan oleh anak Adam itu melainkan ditulis baginya sepuluh kebaikkan sehingga tujuh puluh gandaan Firman Allah ‘Azza Wajalla melainkan puasa, sesungguhnya puasa bagi Aku dan Aku akan membalas kerana dengan berpuasa dia meninggalkan shahwatnya dan makannya, maka ganjaran puasa adalah Syurga. Bagi yang berpuasa dua kegembiraan, gembira ketika berbuka dan gembira ketika bertemu Tuhannya. Dan bau mulut orang yang berpuasa baik disisi Allah daripada bau kasturi”. Riwayat Nasai

Didalam hadis yang lain:

أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ حَدَّثَهُمْ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan penghayatan akan diampunkan dosa baginya apa yang telah lalu” Riwayat Bukhari dan Muslim

Kedua:- Sembahyang malam.
Firman Allah swt:

يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ (١)قُمِ اللَّيْلَ إِلا قَلِيلا

Wahai orang yang berselimut!.1. bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat) 2. Surah Al Muzammil– Ayat 1&2

Sabda Nabi saw:

أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ حَدَّثَهُمْ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Sesiapa yang mendirikan malam (Sembahyang) dimalam Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan akan diampunkan dosa baginya apa yang telah lalu”. Riwayat Bukhari dan Muslim

Didalam hadis yang lain:

عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما قال : قال لي رسول الله صلى الله عليه و سلم : يا عبد الله لا تكن مثل فلان كان يقوم الليل فترك قيام الليل

“Wahai Abdullah, jangan kamu mencontohi sifulan, dia bangun diwaktu malam tetapi dia meninggalkan sembahyang malam”. Riwayat Bukhari.

Ketiga:- Bersedakah.

1: Memberi makan.
Firman Allah swt:

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَى حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا (٨)إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لا نُرِيدُ مِنْكُمْ جَزَاءً وَلا شُكُورًا (٩)إِنَّا نَخَافُ مِنْ رَبِّنَا يَوْمًا عَبُوسًا قَمْطَرِيرًا (١٠)فَوَقَاهُمُ اللَّهُ شَرَّ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَلَقَّاهُمْ نَضْرَةً وَسُرُورًا (١١)وَجَزَاهُمْ بِمَا صَبَرُوا جَنَّةً وَحَرِيرًا (١٢

Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan, 8.(sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih, 9."kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut".10.Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati). 11.dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan syurga dan (persalinan dari) sutera.12. Surah Al Insan – Ayat 8-12

2: melaksanakan majlis berbuka pusa.

Sabda Nabi saw:

عن زيد بن خالد الجهني قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم* من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka baginya ganjaran seperti orang yang berpuasa selain darinya tanpa mengurang ganjaran orang yang berpuasa walaupun sedikit” Riwayat Nasaie

Keempat:- Memperbanyakkan membaca al Quran.

عن ابن مسعود يقول : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من قرأ حرفا من كتاب الله فله به حسنة و الحسنة بعشرة أمثالها أما أني لا أقول آلم حرف و لكن ألف حرف و لام حرف و ميم حرف

“Sesiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah (al Quaran) maka baginya satu kebaikkan, dan kebaikkan digandakan sepuluh sepertinya. Dan tidaklah kamu membaca alif lam mim satu huruf, tetapi alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf. Riwayat Baihaqi

Kelima:- Duduk didalam masjid dari sembahyang subuh sehingga terbit matahari.
Sabda Nabi saw:

قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - من صلى الفجر في جماعة ثم قعد يذكر الله حتى تطلع الشمس ثم صلى ركعتين كانت له كأجر حجة وعمرة تامة تامة تامة

“Sesiapa yang sembahyang subuh berjama’ah kemudian dia duduk mengingati Allah sehingga terbit matahari dan kemudiannya dia bangun sembahyang dua rakaat maka baginya seperti ganjaran haji dan umrah sempurna sesempurnanya” Riwayat Tarmizi

Keenam:- Ber’itikaf.
Sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Bukhari bahawasanya Nabi saw ber’itikaf didalam bulan Ramadhan

Ketujuh:- Berumrah.
قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم فإن عمرة في رمضان تقضي حجة معي

“Sesungguhnya umrah dibulan Ramadhan seperti menunaikan haji bersama aku”. Riwayat Bukhari

Kelapan:- Bersungguh dalam mencari Lailatul Qadar.
Firman Allah swt:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (١)وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (٢)لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (٣

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, 1.dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? 2.malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.3. Surah Al Qadar – Ayat 1-3

Dan Sabda Nabi saw:

عن أبي هريرة رضي الله عنه: عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : من قام ليلة القدر إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

“Sesiapa mandirikan malam al Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan maka akan diampunkan dosa baginya apa yang telah lalu”. Riwayat Bukhari dan Muslim

Kesembilan:- Memperbanyakkan zikir, doa dan istiqfar.
Ada beberapa masa yang disebut oleh nabi saw untuk kita berzikir, berdoa dan beristiqfar:

1: Sebelum berbuka. Sabda Nabi saw:

عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم ثلاثة لا ترد دعوتهم الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم

“Tiga keadaan yang tidak akan ditolak permintaannya: yang berpuasa sehingga ia berbuka, pemimpin yang adil, dan pemohonan orang yang dizalimi”. Riwayat Baihaqi

2: Satu pertiga di akhir malam. Sabda nabi saw:

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « إِذَا مَضَى شَطْرُ اللَّيْلِ أَوْ ثُلُثَاهُ يَنْزِلُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ هَلْ مِنْ سَائِلٍ يُعْطَى هَلْ مِنْ دَاعٍ يُسْتَجَابُ لَهُ هَلْ مِنْ مُسْتَغْفِرٍ يُغْفَرُ لَهُ حَتَّى يَنْفَجِرَ الصُّبْحُ ».

“Ketikamana berlalunya separuh malam atau satu sepertiganya, maka turunlah Allah Tabaraka Wata’ala ke langit dunia lalu Bersabda: “ Sesiapa yang memanggilKu, Aku akan datang padanya, sesiapa yang meminta kepadaKu, Aku akan memberi, sesiapa yang memohon ampun, aku akan mengampuni baginya sehingga tibanya waktu subuh”. Riwayat Muslim
Continue Reading...