Salam mahabbah dan salam ukhuwwah buat sahabat-sahabat yang membaca. Semoga Allah sentiasa memimpin kita kearah keredhaan-Nya..in sya Allah.
Ini adalah kisah Nabi Allah Musa as bertemu dengan Nabi Allah Khidir as yang telah diceritakan oleh Nabi saw didalam Riwayat Imam Al-Bukhari. Dan Allah swt juga ada menyebutnya di dalam surah al kahfi ayat 60-82.
Dalam kisah ini, terlalu banyak pengajaran yang boleh dan perlu kita ambil terutama sekali bagi seorang penuntut ilmu.
Allah swt menyebut didalam al-quran:
وَإِذْ قَالَ مُوسَى
لِفَتَاهُ لا أَبْرَحُ حَتَّى أَبْلُغَ مَجْمَعَ الْبَحْرَيْنِ أَوْ أَمْضِيَ حُقُبًا
(٦٠)فَلَمَّا بَلَغَا مَجْمَعَ بَيْنِهِمَا نَسِيَا حُوتَهُمَا فَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ
فِي الْبَحْرِ سَرَبًا (٦١)فَلَمَّا جَاوَزَا قَالَ لِفَتَاهُ آتِنَا غَدَاءَنَا لَقَدْ
لَقِينَا مِنْ سَفَرِنَا هَذَا نَصَبًا (٦٢)قَالَ أَرَأَيْتَ إِذْ أَوَيْنَا إِلَى
الصَّخْرَةِ فَإِنِّي نَسِيتُ الْحُوتَ وَمَا أَنْسَانِيهُ إِلا الشَّيْطَانُ أَنْ
أَذْكُرَهُ وَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ عَجَبًا (٦٣)قَالَ ذَلِكَ مَا كُنَّا
نَبْغِ فَارْتَدَّا عَلَى آثَارِهِمَا قَصَصًا (٦٤)فَوَجَدَا عَبْدًا مِنْ عِبَادِنَا
آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِنْ لَدُنَّا عِلْمًا (٦٥)قَالَ
لَهُ مُوسَى هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَى أَنْ تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا
(٦٦)قَالَ إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا (٦٧)وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَى مَا
لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْرًا (٦٨)قَالَ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا وَلا
أَعْصِي لَكَ أَمْرًا (٦٩)قَالَ فَإِنِ اتَّبَعْتَنِي فَلا تَسْأَلْنِي عَنْ شَيْءٍ
حَتَّى أُحْدِثَ لَكَ مِنْهُ ذِكْرًا (٧٠)فَانْطَلَقَا حَتَّى إِذَا رَكِبَا فِي السَّفِينَةِ
خَرَقَهَا قَالَ أَخَرَقْتَهَا لِتُغْرِقَ أَهْلَهَا لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا إِمْرًا
(٧١)قَالَ أَلَمْ أَقُلْ إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا (٧٢)قَالَ لا تُؤَاخِذْنِي
بِمَا نَسِيتُ وَلا تُرْهِقْنِي مِنْ أَمْرِي عُسْرًا (٧٣)فَانْطَلَقَا حَتَّى إِذَا
لَقِيَا غُلامًا فَقَتَلَهُ قَالَ أَقَتَلْتَ نَفْسًا زَكِيَّةً بِغَيْرِ نَفْسٍ لَقَدْ
جِئْتَ شَيْئًا نُكْرًا (٧٤)قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكَ إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ
صَبْرًا (٧٥)قَالَ إِنْ سَأَلْتُكَ عَنْ شَيْءٍ بَعْدَهَا فَلا تُصَاحِبْنِي قَدْ بَلَغْتَ
مِنْ لَدُنِّي عُذْرًا (٧٦)فَانْطَلَقَا حَتَّى إِذَا أَتَيَا أَهْلَ قَرْيَةٍ اسْتَطْعَمَا
أَهْلَهَا فَأَبَوْا أَنْ يُضَيِّفُوهُمَا فَوَجَدَا فِيهَا جِدَارًا يُرِيدُ أَنْ
يَنْقَضَّ فَأَقَامَهُ قَالَ لَوْ شِئْتَ لاتَّخَذْتَ عَلَيْهِ أَجْرًا (٧٧)قَالَ هَذَا
فِرَاقُ بَيْنِي وَبَيْنِكَ سَأُنَبِّئُكَ بِتَأْوِيلِ مَا لَمْ تَسْتَطِعْ عَلَيْهِ
صَبْرًا (٧٨)أَمَّا السَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَاكِينَ يَعْمَلُونَ فِي الْبَحْرِ
فَأَرَدْتُ أَنْ أَعِيبَهَا وَكَانَ وَرَاءَهُمْ مَلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا
(٧٩)وَأَمَّا الْغُلامُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤْمِنَيْنِ فَخَشِينَا أَنْ يُرْهِقَهُمَا
طُغْيَانًا وَكُفْرًا (٨٠)فَأَرَدْنَا أَنْ يُبْدِلَهُمَا رَبُّهُمَا خَيْرًا مِنْهُ
زَكَاةً وَأَقْرَبَ رُحْمًا (٨١)وَأَمَّا الْجِدَارُ فَكَانَ لِغُلامَيْنِ يَتِيمَيْنِ
فِي الْمَدِينَةِ وَكَانَ تَحْتَهُ كَنْزٌ لَهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صَالِحًا فَأَرَادَ
رَبُّكَ أَنْ يَبْلُغَا أَشُدَّهُمَا وَيَسْتَخْرِجَا كَنْزَهُمَا رَحْمَةً مِنْ رَبِّكَ
وَمَا فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِي ذَلِكَ تَأْوِيلُ مَا لَمْ تَسْطِعْ عَلَيْهِ صَبْرًا
(٨٢)
60. dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa
berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga Aku
sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau Aku berjalan terus
bertahun-tahun".
61. maka
apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka
akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut,
Yang merupakan lorong di bawah tanah.
62.
setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya:
"Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat
lelah Dalam perjalanan kita ini".
63.
Temannya berkata: "Tahukah apa Yang telah terjadi ketika kita berehat di
batu besar itu? sebenarnya Aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah Yang
menyebabkan Aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan;
dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, Dengan cara Yang
menakjubkan".
64. Nabi
Musa berkata: "Itulah Yang kita kehendaki "; Merekapun balik semula
ke situ, Dengan menurut jejak mereka.
65. lalu
mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami Yang telah Kami kurniakan kepadanya
rahmat dari kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi kami.
66. Nabi
Musa berkata kepadanya: bolehkah Aku mengikutmu, Dengan syarat Engkau
mengajarku dari apa Yang telah diajarkan oleh Allah kepadaMu, ilmu Yang menjadi
petunjuk bagiku?"
67. ia
menjawab: "Sesungguhnya Engkau (Wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat
bersabar bersamaku.
68. dan
Bagaimana Engkau akan sabar terhadap perkara Yang Engkau tidak mengetahuiNya
secara meliputi?
69. Nabi
Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang Yang sabar; dan
Aku tidak akan membantah sebarang perintahmu".
70. ia
menjawab: "Sekiranya Engkau mengikutku, maka janganlah Engkau bertanya
kepadaKu akan sesuatupun sehingga Aku ceritakan halnya kepadamu".
71. lalu
berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia
membocorkannya. Nabi Musa berkata: "Patutkah Engkau membocorkannya sedang
akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya Engkau
telah melakukan satu perkara Yang besar".
72. ia
menjawab: "Bukankah Aku telah katakan, Bahawa Engkau tidak sekali-kali
akan dapat bersabar bersamaku?"
73. Nabi
Musa berkata: "Janganlah Engkau marah akan daku disebabkan Aku lupa (akan
syaratmu); dan janganlah Engkau memberati daku Dengan sebarang kesukaran Dalam
urusanku (menuntut ilmu)".
74.
kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu Dengan seorang
pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata "Patutkah Engkau membunuh
satu jiwa Yang bersih, Yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya Engkau
telah melakukan satu perbuatan Yang mungkar!"
75. ia
menjawab: "Bukankah, Aku telah katakan kepadaMu, Bahawa Engkau tidak
sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"
76. Nabi
Musa berkata: "Jika Aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah
ini, maka janganlah Engkau jadikan daku sahabatmu lagi; Sesungguhnya Engkau
telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan
pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku".
77.
kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk
sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu
orang-orang itu enggan menjamu mereka. kemudian mereka dapati di situ sebuah
tembok Yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: "Jika
Engkau mahu, tentulah Engkau berhak mengambil upah mengenainya!"
78. ia
menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, Aku akan terangkan
kepadamu maksud (kejadian-kejadian Yang dimusykilkan) Yang Engkau tidak dapat
bersabar mengenainya.
79.
adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin Yang bekerja di
laut; oleh itu, Aku bocorkan Dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di
belakang mereka nanti ada seorang raja Yang merampas tiap-tiap sebuah perahu
Yang tidak cacat.
80.
adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang Yang beriman, maka Kami
bimbang Bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan Yang zalim dan
kufur.
81. oleh
itu, Kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak
Yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih
sayangnya.
82.
adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar
itu; dan di bawahnya ada "Harta terpendam" kepuyaan mereka; dan bapa
mereka pula adalah orang Yang soleh. maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka
cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka Yang terpendam itu, sebagai satu
rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). dan (ingatlah) Aku tidak melakukannya
menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan
perkara-perkara Yang Engkau tidak dapat bersabar mengenainya".
Surah Al-Kahfi - Ayat 60-82
Imam Al-Bukhari menyebut:
- حدثنا علي بن عبد الله حدثنا سفيان حدثنا عمرو بن دينار قال أخبرني
سعيد بن جبير قال قلت لابن عباس إن نوفا البكالي يزعم أن موسى صاحب الخضر ليس هو
موسى بني إسرائيل إنما هو موسى آخر فقال كذب عدو الله حدثنا أبي بن كعب
: عن النبي صلى الله عليه و سلم ( أن موسى قام
خطيبا في بني إسرائيل فسئل أي الناس أعلم ؟ فقال أنا فعتب الله عليه إذ لم يرد
العلم إليه فقال له بلى لي عبد بمجمع البحرين هو أعلم منك قال أي رب ومن لي به ؟
وربما قال سفيان أي رب وكيف لي به ؟ قال تأخذ حوتا فتجعله في مكتل حيثما فقدت
الحوت فهو ثم وربما قال فهو ثمه وأخذ حوتا فجعله في مكتل ثم انطلق هو وفتاه يوسع
بن نون حتى أتيا الصخرة وضعا رؤوسهما فرقد موسى واضطرب الحوت فخرج فسقط في البحر
فاتخذ سبيله في البحر سربا فأمسك الله عن الحوت جرية الماء فصار مثل الطاق فقال هكذا
مثل الطاق فانطلقا يمشيان بقية ليلتهما ويومهما حتى إذا كان من الغد قال لفتاه
آتنا غداءنا لقد لقينا من سفرنا هذا نصبا ولم يجد موسى النصب حتى جاوز حيث أمره
الله قال له فتاه أرأيت إذ أوينا إلى الصخرة فإني نسيت الحوت وما أنسانيه إلا
الشيطان أن أذكره واتخذ سبيله في البحر عجبا فكان للحوت سربا ولهما عجبا قال
له موسى ذلك ما كنا نبغي فارتدا على آثارهما قصصا رجعا
يقصان آثارهما حتى انتهينا إلى الصخرة فإذا رجل مسجى بثوب فسلم موسى فرد عليه فقال
وأنى بأرضك السلام ؟ قال أنا موسى قال موسى بني إسرائيل ؟ قال نعم أتيتك لتعلمني
مما علمت رشدا قال يا موسى إني على علم من علم الله علمنيه الله لا تعلمه وأنت على
علم من علم الله علمكه الله لا أعلمه قال هل أتبعك ؟ قال { إنك لن تستطيع معي صبرا
. وكيف تصبر على ما لم تحط به خبرا - إلى قوله - إمرا } . فانطلقا يمشيان على ساحل
البحر فمرت بهما سفينة كلموهم أن يحملوهم فعرفوا الخضر فحملوه بغير نول فلما ركبا
في السفينة جاء عصفور فوقع على حرف السفينة فنقر في البحر نقرة أو نقرتين قال له
الخضر يا موسى ما نقص علمي وعلمك من علم الله إلا مثل ما نقص هذا العصفور بمنقاره
من البحر إذ أخذ الفأس فنزع لوحا قال فلم يفجأ موسى إلا وقد قلع لوحا بالقدوم فقال
له موسى ما صنعت ؟ قوم حملونا بغير نول عمدت إلى سفينتهم فخرقتها لتغرق أهلها لقد
جئت شيئا إمرا قال ألم أقل إنك لن تستطيع معي صبرا قال لا تؤاخذني بما نسيت ولا
ترهقني من أمري عسرا فكانت الأولى من موسى نسيانا فلما خرجا من البحر مروا بغلام
يلعب مع الصبيان فأخذ الخضر برأسه فقلعه بيده هكذا وأومأ سفيان بأطراف أصابعه كأنه
يقطف شيئا فقال له موسى أقتلت نفسا زكية بغير نفس لقد جئت شيئا نكرا . قال ألم أقل
لك إنك لن تستطيع معي صبرا قال إن سألتك عن شيء بعدها فلا تصاحبني قد بلغت من لدني
عذرا فانطلقا حتى إذا أتيا أهل قرية استطعما أهلها فأبوا أن يضيفوهما فوجدا فيها
جدارا يريد أن ينقض مائلا أومأ بيده هكذا وأشار سفيان كأنه يمسح شيئا إلى فوق فلم
أسمع سفيان يذكر مائلا إلا مرة قال قوم أتيناهم فلم يطعمونا ولم يضيفونا عمدت إلى
حائطهم لو شئت لاتخذت عليه أجرا . قال هذا فراق بيني وبينك سأنبئك بتأويل ما لم
تستطع عليه صبرا . قال النبي صلى الله عليه و سلم وددنا أن موسى كا نصبر فقص الله
علينا من خبرهما قال سفيان قال النبي صلى الله عليه و سلم يرحم الله موسى لو كان
صبر لقص علينا من أمرهما )
وقرأ ابن عباس " أمامهم ملك يأخذ كل سفينة
صالحة غصبا " . " وأما الغلام فكان كافرا وكان أبواه مؤمنين "
ثم قال سفيان سمعته منه مرتين وحفظته منه قيل
لسفيان حفظته قبل أن تسمعه من عمرو أو تحفظه من إنسان ؟ فقال ممن أتحفظه ؟ ورواه
أحد عن عمرو غيري سمعته منه مرتين أو ثلاثا وحفظته منه
Kami telah diberitahu oleh Ubai bin Ka’ab dari
Nabi s.a.w bahawa Musa telah bangun berucap kepada Bani Israil lalu ditanya:
“Siapakah manusia yang paling berilmu?
Musa menjawab: “Aku”.
Lalu Allah
mencelanya kerana tidak mengatakan Allah lebih mengetahui tentangnya serta
berfirman kepadanya: “Bahkan aku ada seorang hamba di tempat pertemuan dua laut
yang lebih berilmu darimu!”
Musa pun berkata: “Wahai Tuhanku bagaimanakah aku
boleh menemuinya?”
Allah berfirman: “Engkau bawalah seekor ikan di dalam bakul,
di mana ikan itu hilang, di situlah dia berada.”
“Ingatkah tuan ketika berada di batu besar?
Ikan itu melompat keluar dari bakul dan saya terlupa memberitahu tuan, dan
tidak ada yang melupakan saya melainkan syaitan. Ikan itu telah menuju ke laut
dengan cara yang aneh!”
Musa pun berkata: “Itulah tempat yang kita cari.”
Lalu
kedua-duanya berpatah balik sambil bercerita, hinggalah sampai ke batu besar
tadi. Tiba-tiba di situ ada seorang lelaki yang berpakaian labuh. Nabi Musa
memberi salam kepadanya, dan lelaki itu menjawabnya dan berkata:
“Dari bumi
mana salam mu itu?”
Nabi Musa pun menjawab: “Aku Musa.”
Lelaki itu bertanya: “Musa Bani Israil?”
Nabi Musa menjawab: “Ya. Aku mengunjungimu agar engkau
mengajar ilmu yang betul yang telah diajarkan kepadamu.”
Lelaki itu berkata:
“Wahai Musa! Sesungguhnya aku mengetahui dari ilmu Allah yang diajarkannya
kepadaku yang engkau tidak mengetahuinya. Dan engkau mengetahui dari ilmu Allah
yang diajarkannya yang aku tidak mengetahuinya!”
Nabi Musa lalu bertanya:
“Bolehkah aku mengikutimu?”
Lelaki itu menjawab: “Engkau tidak akan dapat
bersabar. Bagaimanakah engkau boleh bersabar melihat sesuatu yang engkau tidak
tahu menahu tentangnya?”
Nabi Musa berkata: “Insya-Allah engkau akan
mendapatiku bersabar dan aku tidak akan membantah.”
Lelaki itu berkata: “Jika
engkau mengikutku, janganlah engkau tanyakan kepadaku tentang apa-apa pun
sehingga aku terangkan kepadamu sebabnya.”
Lalu kedua-duanya pun berjalan ke
pantai dan menemui sebuah perahu. Mereka meminta orang-orang di perahu itu
membawa mereka bersama-sama. Orang-orang itu kenal akan al-Khidir dan bersetuju
membawa mereka tanpa upah. Apabila kedua-dua mereka berada di atas perahu itu,
datang seekor burung dan bertenggek di tepi perahu itu sambil mematuk air laut
sekali atau dua kali.
Nabi Khidir pun berkata: “Wahai Musa! Ilmuku dan ilmumu
tidak mengurangkan ilmu Allah sedikit pun sama seperti burung itu tidak
mengurangkan air laut dengan patukan muncungnya!”
Selepas itu Nabi Khidir
mengambil sebilah kapak dan mengopak sekeping papan perahu tersebut.
Lalu Nabi Musa bertanya: “Apakah yang engkau lakukan? Orang itu menumpangkan kita dengan
percuma, tetapi engkau merosakkan perahu
mereka supaya mereka tenggelam lemas. Engkau telah melakukan sesuatu yang
merbahaya!”
Nabi Khidir menjawab: “Bukankah sudahku katakan engkau tidak akan
dapat bersabar bersama-samaku?”
Nabi Musa pun berkata: “Janganlah engkau
menyalahkanku kerana suatu yang aku lupa dan janganlah menyusahkan aku dengan
sesuatu yang sukar!”
Setelah mendarat mereka temui pula seorang anak muda yang
sedang bermain-main dengan kanak-kanak. Nabi Khidir lalu memegang leher anak muda
itu dan memulas begini…(Sufyan menunjukkan dengan jarinya seolah-olah memetik
sesuatu).
Nabi Musa berkata: “Patutkah engkau membunuh seorang yang tidak
berdosa? Sesungguhnya engkau telah melakukan sesuatu yang mungkar.”
Nabi Khidir
menjawab: “Bukankah sudah aku kata, engkau tidak akan dapat bersabar
bersama-samaku?”
Nabi Musa berkata: “Andainya aku menyatakan sesuatu lagi selepas
ini, maka janganlah engkau berkawan lagi denganku. Sesungguhnya engkau telah
cukup mendapat alasan dariku.”
Kedua-duanya pun meneruskan perjalanan mereka
hingga tiba di sebuah kampung. Mereka meminta penduduknya memberi mereka
makanan, tetapi orang-orang kampung itu menolak permintaan mereka. Kemudian
kedua-duanya mendapati sebuah dinding condong yang hampir roboh, Nabi Khidir lalu
menahannya dengan tangannya begini…….(Sufyan memberi isyarat seolah-olah menyapu
sesuatu dari bawah ke atas).
Nabi Musa pun berkata: “Kaum ini kita datangi dan
mereka tidak memberi kita makanan dan tidak juga menjadikan kita sebagai
tetamu, tetapi engkau menyandarkan diri ke dinding mereka yang condong, agar ia
tidak runtuh. Sedangkan kalau engkau mahu, engkau boleh meminta upah dari
mereka kerana pertolongan itu.”
Nabi Khidir berkata: “Inilah bandingan antara aku
dengan engkau. Sekarang aku akan memberitahumu pengertian yang tersembunyi dari
perbuatan-perbuatanku yang engkau tidak dapat bersabar melihatnya itu….”
Dan Ibnu Abbas menyebut lagi bahawa " di depan mereka (ketika di laut) ada raja yg merampas semua perahu-perahu yang masih baik". Dan sesungguhnya budak itu adalah seorang yang kafir dan kedua ibu bapanya adalah orang yang beriman".
Dari kisah yang telah disebutkan oleh Allah swt dan Nabi saw tentang Nabi Musa dan Nabi Khidir ini, mempunyai pengajaran yang terlalu banyak. Antaranya, Jangan menganggap diri sendiri lebih dari orang lain kerana setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Orang yang Allah berikan ilmu, bukanlah bererti dia mengetahui semua perkara sepertimana kata Nabi Khidir kepada Nabi Musa: “Wahai Musa! Sesungguhnya aku mengetahui dari ilmu Allah yang diajarkannya kepadaku yang engkau tidak mengetahuinya. Dan engkau mengetahui dari ilmu Allah yang diajarkannya yang aku tidak mengetahuinya!” .
Dan kita juga perlu mangetahui bahawa, Ilmu Allah ini bukanlah sekadar apa yang termaktub didalam kitab atau buku yang perlu dipelajari didalam kelas semata-mata. Tetapi ilmu Allah itu perlu juga dipelajari melalui pengalaman hidup samaada dari diri sendiri atau orang lain.
Sebagai pengakhirannya, cuba kita fahami "Apabila kedua-dua mereka berada di atas perahu itu, datang seekor burung dan bertenggek di tepi perahu itu sambil mematuk air laut sekali atau dua kali.
Nabi Khidir pun berkata: “Wahai Musa! Ilmuku dan ilmumu tidak mengurangkan ilmu Allah sedikit pun sama seperti burung itu tidak mengurangkan air laut dengan patukan muncungnya!”
1 comment:
If you're trying hard to lose kilograms then you have to try this totally brand new custom keto meal plan diet.
To create this service, licensed nutritionists, fitness couches, and top chefs joined together to develop keto meal plans that are useful, suitable, price-efficient, and delicious.
Since their grand opening in early 2019, thousands of clients have already remodeled their body and health with the benefits a proper keto meal plan diet can offer.
Speaking of benefits; clicking this link, you'll discover 8 scientifically-certified ones given by the keto meal plan diet.
Post a Comment