Followers

Thursday, May 21, 2009

Abda'ul kalam bis-salam

Assalamualaikum wbt kepada semua yang mengunjungi blog ini. Segala puji, Tuhan semesta alam. Selawat serta salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw, ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, serta para tabi'en yang mengikuti jejak langkahnya sehingga hari penghujungnya.

Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat Allah swt kerana telah memberi peluang untuk saya memanfaatkan teknologi dunia yang hebat pada masa kini. Semoga kesempatan ini mampu memberi ruangan dan peluang kepada saya untuk berkongsi Ilmu yang diturunkan oleh Allah swt sebagai panduan didalam hidup manusia pada masa kini dan mendatang sepertimana firman Allah swt didalam Kitab sucinya:

وَعَلَّمَ آدَمَ الأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلاَئِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاء هَؤُلاء إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
--> -->
"dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan Segala nama benda-benda dan gunaannya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan Yang benar".
Sabda Nabi saw didalam satu hadisnya yang lain:

عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : بلغوا عني ولو آية
Daripada Nabi saw bersabda: "Sampaikanlah dariku walau satu ayat"

Di dalam hadis yang lain Nabi saw menyebut:

عن النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ : الدِّينُ النَّصِيحَةُ . قُلْنَا لِمَنْ قَالَ : لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ
Daripada Nabi saw bersabda: "Agama itu nasihat". Kami bertanya (sahabat nabi saw): "Kepada siapa?. Lalu dijawab: "Bagi Allah, dan Kitabnya, dan RasulNya, dan Umat Islam seluruhnya"

Dan saya mengharapkan agar apa yang akan dicetus nanti mampu memberi manfaat kepada kita dalam mengharungi selok-belok dunia yang penuh dengan tipu-helah yang kadang kalanya mengaburi pandangan manusia ini....In sya Allah.
Komentar dan cadangan anda amatlah dihargai.
-->Segala keperihatinan anda sangat bererti bagi saya dalam menjana “Erti Kehidupan pada Kebaktian” walau hanya secebis rumpai dijalanan.

No comments: