Setelah selesai diberi nasihat oleh ibu mereka, maka berjalanlah sekelompok anak ikan ini ketempat yang ingin dituju. Ada sebahagian dari mereka tidak mempedulikan apa yang dinasihatkan oleh ibu mereka tadi. Dalam kelekaan, yang tidak menghiraukan nasihat ibunya tadi cuba untuk menghampiri besi bengkok yang diikat kemas dengan tali. Apabila menghampiri besi tersebut, seekor dari kalangan mereka cuba memakan makanan yang berada di kail tersebut. Tidak diduga, kail tersebut tercucuk dibahagian kerengkung ikan yang memakan tadi. Disebabkan kedegilannya terhadap apa yang diberitahu ibunya tadi, akhirnya dia ditangkap. Dia mula memikirkan apa yang telah diberitahu tadi, adakah ia benar atau hanya sekadar dongengan semata-mata.
Maka mulalah hidup baru bagi seekor ikan tadi. Setelah mana ditangkap maka dia mula merasai satu persatu keperitan yang telah dikhabarkan ibunya sebelum ini. Dengan mulanya disiang dengan pisau yang tajam. Kemudian dadanya dibelah dan dibuang segala apa yang ada didalam perutnya. Dan akhirnya dia dipanggang diatas api yang panas. Kerana tidak mengambil peduli apa yang dinasihatkan kepadanya, maka dia merasai kepedihan di penghujung hayatnya. Dan diakhiri hidupnya dengan dikunyah oleh manusia.
Begitulah juga manusia. Allah swt telah menghantar UtusanNya dengan bertujuan memberi nasihat untuk menjalani hidup diakhirat. Bermula dari kematian, kehidupan dialam kubur, kebangkitan setelah kematian, melalui penghisaban ‘amalan dan diakhiri penganugerahan samada kebahagiaan dengan keni’matan atau kecelakaan diiringi kesiksaan. Walaupun orang yang mengucap kalimah syahadah akan dimasukkan kesyurga setelah mana diadili dengan kifarah kesalahannya dengan neraka, berpuncakan ‘azab sebenarnya membuat kita sangat kecawa dari orang yang terus mendapat keni’matan syurga, kerana mereka juga kecewa dengan orang yang lebih mewah dari mereka. Allah swt Berfirman:
Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan". Surah Fathir – Ayat 37
Seandainya kita tidak memnghirau apa yang telah dipesan oleh UtusanNya, maka kemungkinan kehidupan kita akan menjadi seperti kisah ikan di atas. Ditimpa seribu penyesalan yang berpanjangan selama-lamanya. Jika kita bahagia maka kita akan bahagia tanpa ada penghujungnya. Tetapi seandainya kita terpaksa merentasi derita di sana, kita tidak akan mampu bertahan walau hanya sesaat untuk menghadapi siksaannya. Nabi saw berpesan:
“Takut kamu pada neraka walau hanya sekadar sebahagian kurma”
Ulama’ terdahulu bersyair dengan berkata:
“Tuhanku, aku tidak layak kesyurgamu. Tetapi aku tidak sanggup menanggung siksa nerakamu. Oleh itu Ya Allah, Engkau kurniakanlah keampunan kepadaku, dan ampunilah dosaku. Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar”
Oleh itu.......Fikir-fikirkan lah.