Followers

Thursday, June 18, 2009

Kisah dua orang bersahabat.

Pada suatu hari, ada dua orang sahabat keluar mengembara dari sebuah tempat di tepi laut untuk ke kawasan padang pasir. Semasa dalam perjalanan, kedua orang sahabat itu telah berselisih faham hingga menyababkan sahabat pertama menampar pipi sahabat kedua. lalu sahabat kedua menulis di atas pasir dengan tulisannya.."hari ini, sahabatku telah menampar pipiku..".

Kemudian mereka meneruskan lagi perjalanan untuk menuju ke padang pasir. Disababkan keletihan maka mereka berenti untuk berehat di sebuah oasis sambil bermandi manda untuk menghilangkan penat. Tanpa diduga, sahabat kedua kelemasan kemudiaannya diselamatkan oleh sahabat pertama..lalu sahabat kedua mengukir di atas batu dengan ukirannya.. "hari ini sahabatku telah menyelamatkan nyawaku.."

Sahabat pertama berasa hairan lalu bertanya," kenapa bila aku tampar pipi kamu, kamu menulis di atas pasir, tetapi apabila aku selamatkan nyawa kamu, kamu mengukir di atas batu..?" jawab sahabat kedua, "Setiap kemarahan atau dendam keatas sahabatku, aku akan menulisnya di atas pasir agar ia hilang ditiup angin...tetapi jika ia melakukan kebaikkan atau pengorbanan terhadapku, aku akan mengukirnya diatas batu agar ianya kekal dalam ingatanku buat selama-lamanya”

No comments: