Followers

Monday, June 15, 2009

Adakah Al Aqsa milik Islam?


Kepada semua yang melayari blog ini, ana ucapkan jutaan terima kasih. Semoga segala yang tercetus ini mampu dikongsi dan memberi pulangan yang baik kepada kita semua….in sya Allah.
Kali ni, mari kita berfikir sejenak, tentang Masjid Al Aqsa…Benarkah ianya milik Islam???.

Jika dikatakan milik Islam, bagi saya ianya salah. Kenapa? Jadi milik siapakah yang sebenarnya?.

Wahai para sahabatku sekelian, nama Islam sebenarnya diturunkan oleh Allah setelah mana dihantar utusanNya yang terakhir (Nabi Muhammad saw). Jadi sebelum diutusnya Nabi Muhammad saw, Agama Allah yang diwahyukan melalui Nabi-Nabi terdahulu tidak dinamakan Islam. Allah swt berfirman:
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ (٨٥

Dan sesiapa yang mencari Agama selain Agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. Surah Al Imran – Ayat 85

Orang yang beragama selain dari Islam, mereka mengatakan bahawa mereka mengikuti Agama yang dibawa oleh Nabi mereka. Mereka tidak mereka-reka Agama, tetapi mereka mengubah suai Agama yang telah diajar oleh Allah melalui Nabi sebelum Nabi Muhammad saw.

Agama yang lain tidak diterima kerana Islam adalah Agama penyempurna yang dibawa oleh penutup segala Nabi dan Rasul. Dan Islam disebut hanya pada Agama yang dibawa oleh KekasihNya dan kita Baginda Nabi Muhammad saw.

Persoalan diatas bukanlah bermaksud masjid Al Aqsa milik Yahudi atau Nasrani. Walaupun mereka mengatakan, mereka mengikut apa yang dibawa oleh Nabi Mereka dikalangan Bani Israil yang terdahulu. Allah swt mencatat sejarah perbualan dan pesanan UtusanNya yang dikhususkan untuk mereka dengan FirmanNya:
وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِنْ بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ فَلَمَّا جَاءَهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَذَا سِحْرٌ مُبِينٌ (٦

Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, Sesungguhnya Aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, Iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!" Surah Saaf – Ayat 6
X


Nabi Isa as diutuskan hanyalah kepada Bani Israil semata-mata, dan masa untuk mengikutinya pula terhenti ketikamana diutusnya Khatimun Nubuwwah. Setelah mana Allah swt mengutuskan kekasihNya Baginda Muhammad saw, maka segala ikutan yang dibawa oleh Para Nabi sebelumnya terhenti sepertimana yang difirmankan oleh Allah swt didalam potongan ayat di atas. Didalam ayat yang lain Allah swt berfirman:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ (١٠٧

Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Surah Al Anbiyaa’ – Ayat 107

Utusan terakhir ini tidak dikhususkan kepada mana-mana bangsa, tetapi untuk seluruh ‘alam.
Kesimpulan yang boleh kita ambil, Masjid Al Aqsa adalah milik Agama Allah, tidak kira, samada Agama yang dibawa oleh Nabi terdahulu mahupun Agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Kerana Nabi Muhammad saw adalah penyempurna Agama Allah yang dibawa oleh Para Nabi terdahulu seperti Firman Allah swt:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (١٨٣

Wahai orang-orang yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. Surah Al Baqarah – Ayat 183

Apa yang dituntut dan dibawa oleh Para Nabi terdahulu, ada didalam agama Islam. Tetapi apa yang membezakannya adalah cara beribadah kerana umat Nabi Muhammad saw memperolehi pelbagai kelebihan dan kemudahan untuk melaksanakan ‘ibahah kepada Allah. Dan tidaklah semua yang diwajibkan didalam Islam dituntut didalam Agama terdahulu. Allah swt befirman:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا (٣

pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu Agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku meredhai Islam itu menjadi Agama untuk kamu. Surah Al Maidah – Ayat 3
Inilah Agama Allah yang sempurna dengan bertujuan untuk kerahmatan meliputi seluruh ‘alam. Dan semoga Rahmat Allah ini sentisa menyinari setiap gerak-geri kita semua dalam menjalani hidup ini….in sya Allah.

No comments: