Followers

Monday, June 8, 2009

Cinta Sang Pencipta


عَنْ أَنَسٍ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِى الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِى النَّارِ


Bermaksud: Daripad Anas oleh Nabi saw bersabda: “Tiga perkara, siapa yang ada padanya maka dia akan merasai kemanisan Iman. Siapa yang mengasihi Allah dan RasulNya mengatasi segala-galanya, dan dia mengasihi seseorang, tidk kasih melainkan kerana Allah, dan membenci kembali kepada kekufuran setelah mana Allah menyelamatkannya daripada kekufuran, sepertimana bencinya ia akan dicampakkan kedalam Neraka”. R. Muslim



Inilah antara pesanan Nabi saw kepada umatnya dalam mencari ketenangan untuk mengharungi hidup. Didalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas ini menceritakan kepada kita tiga perkara yang jika ada kepada diri kita, kita akan dapat merasakan kemanisan Iman.


Yang pertamanya: Mengutamakan Allah swt dan UtusanNya dalam segenap perkara, mengatasi segala-galanya. Samada pengorbanannya itu berbentuk keinginan nafsu yang perlu ditinggalkan, harta benda yang perlu diinfa’kan, atau tubuh badan yang perlu dikorbankan, sepertimana Firman Allah swt:


مَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ اللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ اللَّهِ لآتٍ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (٥)وَمَنْ جَاهَدَ فَإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ (٦


5. Sesiapa yang percaya akan pertemuannya Dengan Allah (untuk menerima balasan), maka Sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.6. Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka Sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk. Surah Al ‘Ankabut – Ayat 5 &6



Yang keduanya: Kita tidak mengsihi seseorang insan melainkan kerana Allah swt. Dengan erti kata, membantu saudaranya yang memerlukan dalam setiap perkara. Tidak kiralah pertolongan itu berbentuk zahiriah atau batiniah, bantuannya itu dengan penuh ikhlas kerana Allah swt. Dan bukan untuk mencari kepentingan peribadi, samada dari sudut menghimpun harta, menaikkan pangkat yang bertujuan untuk keseronokkan sementara semata-mata.


Kita juga mestilah merasakan, setiap ni’mat yang kita perolehi mampu dirasai oleh saudara kita yang lain. Sepertimana yang diistilahkan oleh para Ulama’ “iesar” (mengutamakan saudara dari diri sendiri): Nabi saw bersabda:


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ


Bermaksud: Dari Anas bin Malik oleh Nabi saw bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya pada apa yang dikasihi oleh dirinya sendiri”. R. Bukhari & Muslim



Dan yang ketiganya: Membenci kekufuran atau keburukkan sepertiman bencinya kita dicampak kedalam api neraka. Kita perlu memahami segala kebaikkan yang dilakukan adalah taufiq (kinginan untuk keta’atan) dan hidayah (kekuatan untuk melakukan keta’atan) adalah pemberian daripada Allah swt. Allah swt berfirman:


وَإِنَّ رَبَّكَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لا يَشْكُرُونَ (٧٣


73. dan Sesungguhnya Tuhanmu (Wahai Muhammad) sentiasa melimpah-ruah kurniaNya kepada umat manusia seluruhnya tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur. Surah AL Naml – Ayat 73
Seandainya kita merenung kembali, apa yang telah disebut oleh Baginda Nabi saw mengenai tiga perkara diatas. Ia adalah sebagai bukti “Cinta sang Pencipta” kepada kita selaku hamba yang dicipta diatas muka bumi Allah swt ini. Sekiranya manusia hidup tanpa ada kemanisan iman didalam dirinya, maka tidak akan terasa ketenangan didalam jiwanya. Walaupun ia memiliki segala harta benda, dikelilingi kemewahan dunia, dibuai putri-putri jelita, segalanya ini tidak mampu memberi ketenangan yang sebenar kepada dirinya.


Dalam mencari ketenangan juga, Allah swt mengutuskan seorang utusan dikalangan manusia untuk memimpin kearah kebaikkan peribadi dalam meniti kehidupan bermasyarakat, bekerja sama dalam melaksanakan tugas harian, tidak menzalimi orang-orang yang lemah, dan membantu orang-orang yang memerlukan. Bermula dari sekecil-kecil perkara (buang duri dari jalanan) sehinggalah sebesar-besar perkara (Ikhlas dalam pengabdian diri kepada Allah swt). Sabda Nabi saw:


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- :« إِنَّمَا بُعِثْتُ لأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاَقِ


Bermaksud: Dari Abi Hurairah ra berkata, sabda RasululLah saw: “Sesungguhnya Aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak”. R. Baihaqi



Semua ini adalah aspek yang sangat penting bagi ketenangan di dalam jiwa, keharmonian didalam keluarga, kemesraan dengan jiran sedesa, sehinggalah membawa kepada keamanan didalam sesebuah negara.

No comments: