Followers

Sunday, January 6, 2013

Ziarah Murabbi Syekh Zainol Asri Bin Haji Ramli ke Sana'a, Yaman

Setinggi-tinggi kesyukuran ku hadratkan kepada-Mu ya Allah. Selawat dan salam buat junjungan besar Baginda saw dan keredhaan Allah untuk sahabat-sahabat Baginda saw dan seluruh pengikutnya sehingga hari khiamat.

Imam Asy-Syafiee ada menyebut di dalam syairnya:

لا بد من صنعاء وإن طال السفر *** لطيبها والشيخ فيها من دبر

Semestinya ke sana'a walaupun perjalanan yang panjang *** 
kerana kebaikkannya dan ulama' yang ada padanya adalah dari yang terdahulu

Terasa waktunya amat berharga bila datangnya murabbi yang aku amat kasihi ke sana'a ini. Syekh Zainol Asri bin Haji Ramli yang telah membentuk akhlakku hampir 6 tahun di Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SMIDU). Seorang murabbi yang amat tegas dengan disiplin diri, mendidik anak muridnya  adap-adap sebagai seoarang murid dengan gurunya dan hamba dengan Tuhannya. Apa yang lebih terasa berharga kerana beliau juga seorang yang amat penyayang (walaupun asyik kena rotan dulu). Itulah sedikit dariku tentang murabbi ku yang amat aku menghargainya.

Untuk perkongsian kita bersama ketika beliau di Sana'a...

Gambar bersama Prof. Dr. Syekh Abdul Aziz Majid Az-Zindani Hafizahul-Lah,
Pengasas University Al-Iman, Sana'a

Bersama Syekh Muhammad As-Sodiq Hafizahul-Lah,
Pensyarah di Universiti A-Iman, Sana'a. Dan Ahli Majlis Fatwa Yaman,
Ust. Yahya Bakhair Bin Ibni Hajar, Master Universiti Al-Iman dalam bidang Usul Fikh
Syekh Zainol Asri Bin Haji Ramli, Mudir Darul Hadis Yayasan Paksi.

 Pengenalan seperti diatas


Syekh Zainol Asri bin Haji Ramli bersama
Al-Qadhi Al-'Allamah Muhammad bin Ismail Al-'Amrani Hafizahul-Lah
Pertemuan di masjid Qadhi, waktu untuk beliau menerima tetamu dan waktu untuk masyarakat Yaman bertanyakan soalan dan fatwanya.

Ust Yusof bin Awang, Timbalan Mudir Darul Hadis Yayasan Paksi bersama
Al-Qadhi Al-'Allamah Muhammad bin Ismail Al-'Amrani Hafizahul-Lah

Bicara Ulama' anjuran Persatuan Pelajar malaysia Yaman (PERMAYA)
di dewan Universiti Al-Iman Sana'a

Abangku Ust. Yahya Bakhair bin Ibni Hajar bersama 
Al-Qadhi Al-'Allamah Muhammad bin Ismail Al-'Amrani Hafizahul-Lah

Dan sorang lagi yang tidak dikenali (nak jugak dia) bersama
Al-Qadhi Al-'Allamah Muhammad bin Ismail Al-'Amrani Hafizahul-Lah

Yang di sebelah kiri ni, Syekh Yasir 'Abduh,
Ketua Bahagian Pelajar-pelajar Luar Negara (Yaman) di Universiti Al-Iman.
Dan sebelah kanan adalah anak kepada Syekh Muhammad As-Sodiq Hafizahul-Lah.

Semoga pertemuan ini diberkati dan dirahmati oleh Allah swt..in sya Allah.

Ya Allah, Engkau rahmatilah kami dan Engkau pimpinlah kami kearah keredhaan-Mu. Moga dengannya kami merasa bahagia di dunia dan juga di akhirat sana..ameen.


No comments: