Followers

Monday, March 1, 2010

Ghuraba’ Ath-Thaniyah (2)

Generasi pertama iaitu Generasi Al-Quran yang dididik oleh Rasulullah saw telah berlalu. Kerja-kerja mereka telah selesai. Kelemahan umat Islam dan kelemahan pimpinan dalam generasi-generasi selepas mereka telah berlaku. Daulah Islamiyyah telah jatuh satu persatu dan yang terakhir ialah kejatuhan Daulah Othamaniyyah di Turki. Serentak dengan itu pengaruh sekularisma yang ditaja oleh penjajah telah bertapak, menular dan berkembang pesat di seluruh negara yang diperintah oleh umat Islam. Pengaruh itu terus berakar umbi hingga kini di negara-negara Islam tanpa kecuali. Akibatnya Islam kembali ghuraba’ untuk kali kedua. Kini realiti menunggu rijal-rijal untuk menghilangkan Ghuraba’ Ath-Thaniyah.


Benarlah sabda Rasulullah saw:


حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبَّادٍ وَابْنُ أَبِى عُمَرَ جَمِيعًا عَنْ مَرْوَانَ الْفَزَارِىِّ قَالَ ابْنُ عَبَّادٍ حَدَّثَنَا مَرْوَانُ عَنْ يَزِيدَ - يَعْنِى ابْنَ كَيْسَانَ - عَنْ أَبِى حَازِمٍ عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ ». رواه مسلم


“Bermulanya Islam itu ganjil, dan ia akan kembali sepertimana mula ganjilnya, maka beruntunglah bagi orang yang bersamanya dalam keganjilan (Islam).”

- Hadis Riwayat Muslim


Sebab-Sebab Ghuraba' Masa Kini


1. ‘Aqidah umat Islam tidak lagi berfungsi akibat pengaruh din bukan Islam. Sedangkan da’wah Rasulullah saw mengajak kepada aqidah yang soheh, hidup dan berfungsi. ‘Aqidah yang menerima Allah swt sebagai Ilah dan Rabb. Menerima HakimiyyahNya. Menerima Din-Nya serta mendaulat dan mempertahankannya di sepanjang hayat. Ini kerana Islam sahaja yang diterima oleh Allah swt.

Firman Allah swt:


الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا (٣)


pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Surah AL-Maidah Ayat 3


Dengan Islam sahajalah manusia dimuliakan. Firman Allah swt:


كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ (١١٠)


kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. Surah Ali-Imran – Ayat 110


Inilah sebab terbesar yang menjadikan Islam ganjil. Sebab ini mengatasi sebab-sebab sosial, politik, ekonomi dan sebagainya sepertimana yang disebut oleh mujaddid Islam pada kurun keempat belas:


Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Sebagaimana juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita” Hasan Albanna.


2. Kejahilan umat tentang Islam sentiasa berterusan baik dari segi tasawwur, tuntutan mahupun penghayatannya. Begitu juga kejahilan tentang sifat-sifat Allah swt, sifat-sifat Rasulullah saw, Hari Pembalasan dan perkara-perkara yang bersangkutan.


3. Sikap umat yang melupai dan mengabaikan ingatan-ingatan Allah swt. Firman Allah swt:


وَمِنَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَى أَخَذْنَا مِيثَاقَهُمْ فَنَسُوا حَظًّا مِمَّا ذُكِّرُوا بِهِ فَأَغْرَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ (١٤)


maka mereka juga sengaja melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari kiamat. Surah Al-Maidah – Ayat 14


4. Realiti umat yang beriman dengan sebahagian daripada kandungan al-Kitab (al-Quran) sahaja. Firman Allah swt:


أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ (٨٥)


sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab dan mengingkari akan sebahagian yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. Surah Al-Baqarah – Ayat 85


5. Dunia menguasai hati dan kehidupan umat Islam. Umat Islam kasihkan dunia dan bencikan kematian. Apabila ‘aqidah umat telah sakit dan tidak berfungsi, kejahilan menyelubungi kehidupan, ingatan-ingatan Allah swt diabaikan, dunia menguasai kehidupan dan jihad ditinggalkan, maka Islam menjadi Ghuraba’.


Realiti kini, Islam berada di suatu lembah manakala umat Islam berada di suatu lembah yang lain. Islam menjadi sasaran musuh. Sa’id Hawwa ada menyatakan:


“Kita dapati Islam dan kaum Muslimin menjadi sasaran musuh luar dan dalam...” Sa’id Hawwa.


Walaupun musuh pada zahirnya kelihatan bergeseran di kalangan mereka, namun mereka semua akan bersatu apabila menghala demi menghancurkan Islam. Sabda Rasulullah saw:


قال النبي صلي الله عليه وسلم : الكفر ملة واحدة

“Kekufuran mempunyai satu Millah.”


6. Penyakit perpecahan dan kedengkian yang menyerang hati-hati orang Islam. Firman Allah swt:


وَمَا تَفَرَّقُوا إِلا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَلَوْلا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِنْ رَبِّكَ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ (١٤)


dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan agama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (Apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Surah Ays-Syura – Ayat 14


Didalam ayat yang lain, Allah swt Berfirman:


وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ (٤٦)


dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. Surah Al-Anfal – Ayat 46

No comments: