Followers

BioDaTa PeRiBaDi...


Assalamualaikum buat semua yang ingin mengenali peribadi saya. Secara terperinci mungkin tidak, tapi...sekadar apa yang memadai untuk dikongsi bersama...

Nama yang diberi Mohammad Iqbal. Dari gabungan Abu Yaziz bin Zainol bin Ahmad dan Rahaimi bt Salleh bin Chen. Sepasang suami isteri yang bahagia...AlhamdulilLah. Di lahirkan di Kg. Sungai Baru, Merbok, Sungai Petani Kedah Darul Aman pada tarikh 18 / 11/ 1987 jam 9 pg. Membesar di Pondok Bukit Lada (Pondok Tuan Guru Haji Abdullah). 

Mempunyai 14 adik beradik dan anak yang kedua daripadanya. Abah berasal dari Kg. Sungai Baru, Merbok, Sungai Petani Kedah. Bekerja sebagai guru di Sek. Men. Keb. Naka (Sekarang). Dan Emak berasal dari Kg. Permatang Tengah, Pantai Merdaka, Kedah dan mejalani kehidupan seharian sebagai suri rumah sepenuh masa.

 Ahli keluargaku yang ku sayangi...
   
Mendapat didikan awal (Agama) di rumah oleh Emak dan Abah. Ketika umur 6 tahun, saya dihantar ke Tadika  di Pekan Naka. Kemudian diteruskan pengajian ke Sek. Keb. Naka, Pekan Naka, Kuala Nerang, Kedah untuk kelas darjah satu. Disebabkan kerana abah terpaksa dipindahkan ke Sek. Men. Tokai, maka saya juga terpaksa untuk menyambung pengajian di Sek. Keb. Haji Hassan Itam, Simpang Empat Tokai, Alor Setar, Kedah untuk darjah 2 & 3. 

Ketika pertengahan darjah 3 di Sek. Keb. Haji Hassan Itam, saya ditawarkan oleh Abah untuk menymbungkan saya ke sekolah agama memandangkan saubjek yang diminati oleh saya ketika itu adalah Pengajian Islan yang bertulisan jawi. Disinilah bermulanya hidup baru bagi saya....saya dihantar ke Madrasah Islahiah Diniah, Kg. Memali, Baling Kedah. Kerana perjalanannya dari rumah ke Madrasah ini memakan masa hampir 2 jam, maka saya ditinggalkan di asrama. Setelah selesai pengajian saya di Madrasah, saya disambungkan pengajian peringkat menengah di Sek. Men. Islam Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah singkatannya (SMIDU). 

 Muassasah Darul Ulum

Hari demi hari akhirnya saya makin memahami hakikat saya untuk Agama. Di hati, rasa  syukur bila mengenang sejarah hidup yang disusun oleh Pencipta dan Pengatur segala gerak-geri semesta.  Kerana  dilahirkan  dari  Emak dan  Abah  yang  inginkan  Agama.  Kemudian dari  Sek. Biasa (Kebangsaan) ke sekolah yang bermata pelajarankan Agama...Tarbiyah dalam diri makin terbentuk. Dari masa ke semasa, saya dipimpin dan dididik untuk memimpin. Satu keistimewaan bagi saya apabila dapat melaksanakan gerak kerja yang diamanahkan.

Selesainya saya di SMIDU, saya mengambil masa setahun untuk hidup bersama dan berkhidmat untuk masyarakat disamping menyiapkan keperluan demi menyambung pengajian saya diperingkat yang lebih tinggi.
Ketika impian untuk menyambung pengajian keluar Negara, Abah seolah-olah menghalang..mungkin kerana amat memerlukan saya untuk membantunya. Tetapi saya tidak mampu untuk membuat pilihan kedua demi meleraikan impian saya. Antara kasih dan impian, saya terpaksa berkorban dan berusaha untuk mencukupkan keperluan walau dengan cara bersendirian. Didalam hati berlinangan air tangisan bila memikirkan tentang Abah (kesalahanku). Maafkan angah Abah..


AlhamdulilLah...lama kelamaan, Abah makin menerima impian anaknya. sehinggakan ingin menumbangkan seekor lembu untuk kenduri kesyukuran dan doa selamat sebelum  saya berangkan ke Timur Tengah. Mungkin keberkatan dari kesungguhan dan doaku Pada-Nya Sang Pencipta.

Tanggal 27 / 7 / 2007, tibalah saya ke Yaman. Sebuah Negara Arab yang amat asing bagi saya. Suasananya yang berbeza terlalu ketara, seolah-olah hidup saya kembali ke zaman purba. Rumah-rumah berbentuk empat segi sama yang ada sebahagiannya dibuat dari tanah. Rumah-rumah yang dibuat dari batu-bata pula diatasnya terpacak besi-besi panjang seakan-akan baru dilanda peperangan. Inilah sikap orang Yaman (Sana'a) apabila membuat rumah. Masyarakatnya pula mesra dan sentiasa memuliakan tetamu (orang luar).

Sampainya di Yaman, saya menyambung pengajian di Bahagian Bahasa (Arab) dan di ikuti dengan pengajian di Universiti Al-Eman...........Semoga Allah sentiasa memberi semangat untuk saya berusaha dalam memahami Ilmu Allah SWT ini.....insyaAllah...Amin..
Continue Reading...