Followers

Sunday, June 21, 2009

Kukuhkan Persahabatan...........





Di sini ada beberapa perkara yang perlu dalam membina dan mengukuhkan persahabatan:

1. Memberitahu bahawa kita kasih padanya. Rasulullah saw bersabda didalam hadithnya:

عن المقدام بن معدي كرب وقد كان أدركه عن النبي صلى اللهم عليه وسلم قال إذا أحب الرجل أخاه فليخبره أنه يحبه


Jika seseorang itu kasih pada saudaranya maka hendaklah ia beritahu bahawa ia mengasihinya.”
[Riwayat Abu Daud]



2. Apabila berpisah maka mohonlah agar ia mendoakan kita walau dalam keadaan berjauhan. Umar Ibnu al-Khattab meriwayatkan;

عن عمر رضي الله عنه استأذن رسول الله صلى الله عليه وسلم في العمرة فأذن له ، وقال : لا تنسنا من دعائك يا أخي


Pada suatu ketika saya memohon izin daripada Rasulullah saw untuk pergi menunaikan umrah. Baginda mengizinkan saya. Beliau berpesan “Jangan lupa mendo’akan kami wahai saudaraku”.
[Riwayat Abu Daud]




3. Memaniskan wajah apabila bersemuka: Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:

عن أبي ذر قال قال لي النبي صلى اللهم عليه وسلم « لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق


“Jangan kamu memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat”
[Riwayat Muslim]

4. Segera menghulurkan tangan untuk bersalaman apabila bertemu. Rasulullah saw bersabda:

عن البراء قال قال رسول الله صلى اللهم عليه وسلم ما من مسلمين يلتقيان فيتصافحان إلا غفر لهما قبل أن يفترقا

“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah”
[Riwayat Abu Daud, Tarmizi, dan Baihaqi]



5. Sentiasa menziarahi dan memberi makan kepada sahabatnya. Rasulullah saw bersabda:

عن النبي صلى اللهم عليه وسلم يرفعه إلى الرب عز وجل قال حقت محبتي للمتحابين في وحقت محبتي للمتزاورين في وحقت محبتي للمتباذلين في وحقت محبتي للمتواصلين في

“Orang yang berkasih sayang kerana Aku (Allah), orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling membelanja kerana Aku (Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku (Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)”
[Riwayat Ahmad]


6. Mengajukan ucapan selamat, tahniah dan perkara-perkara yang menghiburkan hatinya dalam kesempatan dan hari-hari yang memberi makna padanya:

(1) Ketika kelahiran anaknya;

بورك لك بالموهوب وشكرت الواهب ورزقك بره وبلغ أشده

“Semoga Allah memberkati anda dengan kelahiran anak ini. Semoga anda bersyukur terhadap kurniaan Allah, mudah-mudahan anda dikurniakan kebaikan setelah ianya membesar.”
[Diriwayatkan daripada Hussein Saidina Ali]


(2) Ketika kembali daripada perjalanan yang jauh;


الحمد لله الذي سلمك وجمع الشمل بك وأكرمك

“Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan anda dalam perjalanan, mempertemukan saya dengan anda serta telah memuliakan anda dengan perjalanan tersebut”
[Diriwayatkan daripada Para Leluhur Silam; Salaf]


(3) Ketika pulang dari medan jihad;

الحمد لله الذي نصرك وأعزك وأكرمك

“Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadamu kejayaan, kemuliaan dan pengorbanan”
[Riwayat Abi Ya’la]

(4) Ketika pulang dari menunaikan Haji;

تقبل الله حجك وغفر ذنبك وأخلف نفقتك

“Semoga Allah menerima ibadah hajimu, mengampunkan dosamu, serta menggantikan semula harta yang telah anda belanjakan”
[Riwayat Ibnu Sunni daripada Ibnu Umar]

(5) Memberi hadiah dalam kesempatan tertentu apabila perlu;

عليك بالهدايا فإنها تورث المودة وتذهب الضغائن

Ad-Dailami meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Kerapkanlah memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan menghilangkan persanggitan hati”
[Riwayat Thabrani]

Dalam hadith yang lain Baginda bersabda:

تهادوا تحابوا

“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih”
[Riwayat Malik]

7. Bersikap prihatin dan suka menunaikan hajat serta keperluan sahabat.

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما أخبره : أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال ( المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولا يسلمه ومن كان في حاجة أخيه كان الله في حاجته

“Muslim saudara semuslim, Dia tidak menyakiti dan tidak mencelanya, dan sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya”
[Riwayat Muslim]


8. Menyempurnakan segala hak-hak ukhuwwah dengan sempurna.

Persaudaraan dalam Islam menuntut hak-hak tertentu. Rasulullah s.a.w. menerangkan:

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ ».قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ

“Hak muslim kepada muslim ada enam”. Kami bertanya: “Apakah dia Ya Rasulullah?. Nabi Bersabda: “Apabila berjumpa dengannya, memberi salam kepadanya. Apabila dia menjemput kamu, tunaikanlah jemputannya. Jika dia meminta nasihat, maka nasihatilah dia. Apabila dia bersin lalu dia memuji Allah maka doakanlah kepadanya. Dan jika dia sakit, maka ziarahlah dia. Dan jika dia mati, maka iringilah dia”.
[Riwayat Bukhari & Muslim]





Didalam riwayat yang lain, Nabi saw bersabda:

للمؤمن على المؤمن سبعة حقوق واجبة من الله وجل، الإجلال له في عينه، والود له في صدره، والمواساة له في ماله، وأن يحرم غيبته، وأن يعوده في مرضه، وأن يشيع جنازته، وأن لا يقول فيه بعد موته إلا خيرا عز

“Tiap orang Mu’min telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mu’min yang lain: iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan, menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya, menghulurkan simpati dengan harta sendiri, mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya, menziarahinya ketika sakit, mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja sepeninggalannya”
[Riwayat Ibnu Babawaih]

No comments: