Followers

Thursday, June 11, 2009

Sekalung Ucapan Dari (PERMAYA)


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah kepada seluruh hambanya dan Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman kepada-Nya. Selawat serta salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw yang bersungguh-sungguh membawa rahmat keseluruh alam, keatas ahli keluarga baginda yang sentiasa memberi dokongan dan semangat dalam perjuangan, para sahabat yang sentiasa berdamping dan menyokong setiap gerak-geri untuk membangkitkan Islam, dan seluruh yang mengikuti jejak langkahnya sehingga hari kemudian.

Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah swt yang menyusun perjalanan hidup manusia tanpa tercicir hikmah-hikmah pada-Nya dan kerana limpahan kasih sayang-Nya juga kita sentiasa mendapat rahmat dan ni’mat dari-Nya.

Apa yang ingin saya ucapkan disini, jutaan penghargaan, terutamanya kepada Tuan Duta Besar Malaysia ke Yaman yang menaungi PERMAYA, barisan kedutaan, saf-saf kepimpinan PERMAYA sesi 09/10 yang seiring dalam melangkah untuk meningkatkan prestasi PERMAYA, dan tidak dilupakan juga kepada semua ahli PERMAYA yang memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk memikul tanggungjawab yang berat ini (Naib Presiden dan juga sebagai Pengerusi Lajnah Tarbiah dan Akademik) untuk membawa sahabat-sahabat kearah yang lebih baik..insyaAllah.

Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menasihati diri saya sendiri dan juga sahabat-sahabat yang ingikan kebaikkan. Allah swt berfirman didalam al Quran:

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلا مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ (١١)

(11) bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya. Surah Ar Ra’d - Ayat 11.

Ayat di atas ini memberi maksud kepada kita bahawasanya nasib bagi sesuatu kaum, kelompok, kumpulan mahupun persatuan itu akan dinilai dan dinisbahkan kepada individu yang bernaung dibawahnya.

Persoalan saya, kenapa wujudnya PERMAYA di bumi Yaman?

Wahai sahabat-sahabat seperjuanganku sekelian, sebenarnya kita perlu memahami bahawasanya PERMAYA ini wujud disebabkan kita yang menuntut Ilmu di sini dan menubuhkan satu persatuan untuk menjaga kebajikan dan hubungan sesama kita yang berada di bumi Yaman, dan secara langsungnya, segala gerak-geri kita mencerminkan persatuan yang kita naungi ini (PERMAYA). Segala kelemahan yang terzahir didalam PERMAYA sebenarnya disebabkan diri kita, samaada kita yang melakukan kesilapan ataupun kita yang tidak memperbetulkan kesilapan. Nabi saw bersabda:

عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَرَاحُمِهِمْ وَ تَوَادِّهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى عُضْوٌمِنْهُ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالْحُمَّى وَالسَّهَرِ.

Dari Nabi saw bagin bersabda: “Perumpamaan orang beriman itu dalam berkasih dan sayang serta berlemah lembut antara mereka seperti jasad(tubuh badan) jika sakit salah satu dari anggotanya maka ia akan dibantu oleh seluruh jasadnya sehigga ia berjaga diwaktu malam”

Dalam hadis yang lain Nabi saw bersabda:

المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا

“Orang mu’min bagi orang mu’min seperti satu binaan yang saling memperkukuhkan diantara satu sama lain”

Allah swt berfirman:

يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَأُولَئِكَ مِنَ الصَّالِحِينَ (١١٤)

(114) Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh. Surah Al ‘Imran – Ayat 114.

Kita saling memahami agama dan setiasa ditambahi ilmu sehari demi sehari. Nabi saw bersabda:

"من ازداد من الله علما ولم يزدد هدى لم يزدد من الله إلا بعدا"

“Sesiapa yang ditambah oleh Allah baginya ilmu tetapi tidak bertambah padanya petunjuk maka tidak bertambah dirinya dengan Allah melainkan ianya semakin jauh”

Dan ini adalah satu kecelakaan bagi orang-orang yang sentiasa bertambah ilmu agamanya, tetapi tidak bertambah walau sedikit pun kebaikkan pada dirinya.

Dan Saidina Othman ra pernah menyebut:

"خير الناس انفع للناس"

“Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain”

Semoga Allah sentiasa membantu kita dalam mengerjakan segala gerak kerja yang disusun oleh kita melalui perancangan-Nya.

Hakikatnya, tidak akan tercapai objektif yang dicitakan, melainkan dengan komitmen yang daberikan oleh semua pihak dalam menjayakan apa yang dirancang dan diatur. Namun begitu, kelemahan adalah lumrah tetapi ia bukanlah penghalang bagi mencapai segala hasrat yang kita impikan. Oleh itu, teguran dan cadangan amat dialukan bagi memastikan perancangan yang diatur dapat memberi manfaat kepada kita seluruhnya. Dan segala perancangan mengikut kepada “Sebaik-baik Perancangan”

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ (٥٤)

(54) Dan mereka merancang dan Allah juga merancang. Dan Allah lah sebaik-baik perancangan. Surah Al ‘Imran – Ayat 54.

Dan sebagai mengakhiri watikah ini, saya amat mengharapkan, agar sahabat-sabat sekelian dapat memberi kerjasama yang sebaik-baiknya untuk menjayakan program-program yang telah disusun oleh Lajnah Tarbiah dan Akademik dalam “Menuju Generasi Murabbi Rabbani”..insyaAllah.

“Ukhuwwah Dierat Menjulang Syariat”

"Knowledge, Skill and Ability"

Ibnu_Yaziz87

No comments: