Followers

Monday, June 15, 2009

Apabila berdirinya pembangunan kemajuan…….

Apabila berdirinya pembangunan kemajuan, maka akan runtuhlah ketamadunan insan”.

Cuba kita perhati dan menilai antara dua buah negara, Malaysia dan Yaman. Malaysia adalah sebuah negara yang majunya boleh dikatakan 20 tahun lebih dari kemajuan di Yaman. Dari sektor pertanian, perniagaan, prodak-prodak setiap syarikat, undang-undang dan sebagainya. Dan Yaman pula sebuah negara yang jika dibandingkan seperti sebuah negara yang tidak bersistem dari sudut undang-undang, perniagaan, pembinaannya masih dengan cara klasik, dan pelbagai lagi kekurangan dari sudut kemajuan.

Itu dari sudut kemajuan, jika kita perbandingkan pula dengan menilai ketamadunan insan, malaysia adalah sebuah negara yang hanya mengejar kemajuan. Keluar bekerja ke pejabat pada pukul 6.30 pagi sehinggalah 1.00 petang atau 6.00 petang. Kemudian pulang kerumah untuk merehatkan diri. Dan ianya menjadi amalan setiap hari. Susah untuk memberi salam kepada yang tidak dikenali, bersembahyang secara berjamaah, bertegur sapa, bertolak ansur, beramah mesra dengan orang yang berada di sekeliling.

Akhirnya sebahagian masyarakat mula memberanikan diri untuk menginaya, menyakiti, sehinggalah timbul gejala-gejala yang tidak bermaruah. Seperti merompak, memukul, merogol, membunuh dan sebagainya. Masing-masing ingin menunjukkan kekuatan (yang kuat menindas yang lemah). Sehinggalah ianya berleluasa seiring dengan kemajuan dunia yang padanya menjadi pembunuh kasih sayang sesama saudara.


Jauh berbeza, jika kita memerhati gelagat insan yang berada di Yaman yang kemajuannya ketinggalan. Walaupun tidak bersistem dalam undang-undang contohnya jalan raya, tetapi itulah yang membuatkan mereka saling faham-memahami, boleh bertegur dan berbual dengan pemandu bersebelahan walau dalam perjalanan, bertolak ansur, dan pelbagai lagi yang tidak bersistem tetapi mampu mengeratkan lagi hubungan mahabbah dikalangan mereka. Sembahyang jemaah menjadi utama dan rutin dalam melaksanakan gerak-kerja seharian.

Dengan cara yang klasik ini juga para Ulama’ di Yaman mampu bersatu dalam menangani permasalahan ummah, melindungi Yaman dari dimasuki anasir-anasir Barat yang mempu merosakkan Islam dari setiap sudut. Tanpa memberi ruang kepada islam yang bergelar librel untuk menguasai pandangan-pandangan yang memperjauhkan Dunia dari Agama.

No comments: