Followers

Thursday, June 18, 2009



Ramai dikalangan kita yang mangli dengan kalimah sahabat, tetapi berapa ramai dikalangan kita yang memahami erti dan kepentingan bersahabat?. Jika kita mengimbau kembali sejarah Baginda Nabi saw, Nabi saw mepunyai sahabat yang paling rapat dengannya selain dari sahabat-sahabat yang lain, iaitu Abu Bakar as Siddiq. Persahabatan yang ditunjukkan oleh dua orang yang bersahabat ini sebenarnya menjadi cotoh untuk kita sebagai pejuang yang akan menempuh segala ujian dalam perjuangan.

Pengorbanan Abu Bakar as Siddiq kepada Baginda Nabi saw terlalu tinggi sehingga sanggup mengorbankan dirinya untuk disengat kalajengking didalam Gua Thur semata-mata demi keselamatan sahabat yang dikasihinya. Sekiranya kita mempunyai sahabat sebegini rupa, yang sanggup bersusah payah untuk kebaikkan kita maka dialah sahabat kita yang perlu kita hargai. Apabila bersahabat dengan niat kerana Allah swt, kita akan merasai kemanisan Iman dan ianya mampu memberi ketenangan kepada kita dalam mengharungi hidup ini. Nabi saw bersabda:

عن أنس عن النبي صلى الله عليه و سلم قال ( ثلاث من كن فيه وجد حلاوة الإيمان أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما وأن يحب المرء لا يحبه إلا لله وأن يكره أن يعود في الكفر كما يكره أن يقذف في النار )

Dari Anas dari Nabi saw bersabda: “Tiga perkara, sesiapa yang ada pada dirinya, maka ia akan merasai kemanisan Iman, Dia menjadikan Allah dan RasulNya dikasihi keduanya mengatasi segala-galanya. Dan dia mengasihi seseorang, tidak mengasihinya melainkan kerana Allah. Dan dia membenci jika dia dikembalikan kepada kekufuran sepertimana dia membenci dia akan dicampak kedalam api neraka”. [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Bersahabat sebenarnya adalah sesuatu yang sangat dituntut sehinggakan ianya dijanji oleh Allah melalui utusanNya bahawa orang yang bersahabat dan berkasih kerana Allah akan mendapat perlindungan dihari yang tidak ada perlindungan di akhirat kelak sepertimana Sabdanya:

عن أبي هريرة رضي الله عنه : عن النبي صلى الله عليه و سلم قال ( سبعة يظلهم الله تعالى في ظله يوم لا ظل إلا ظله ……… ورجلان تحابا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه ……… )

Yang telah diriwayatkan oleh Abi Hurairah ra, daripada Nabi saw Bersabda: “Tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan daripada Allah dengan perlindunganNya pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungan dariNya: .........Dua orang yang berkasih kedua-duanya kerana Allah bertemu keranaNya dan berpisah keranaNya......” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Inilah erti sahabat yang berkasih kerana Allah, apabila seseorang itu berkasih maka dia akan berusaha sepenuh kemampuannya untuk kebaikkan sahabat yang dikasihinya. Tetapi jika seseorang berkasih dan bersahabat bukan kerana Allah, maka dia akan merasai kekecewaan. Allah swt Berfirman:

الأخِلاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلا الْمُتَّقِينَ (٦٧)

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh). [Surah Az Zukhruf – Ayat 67]

Allah swt menceritakan kisah yang akan berlaku dihari kemudian dengan FirmanNya:

يَا وَيْلَتَى لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلانًا خَلِيلا (٢٨)لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلإنْسَانِ خَذُولا (٢٩)

"Sungguh celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!”. "Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)". [Surah al Furqan – Ayat 28&29]

Inilah kekecewaan bagi sesiapa yang mengambil sahabatnya dikalangan iblis, tadak kiralah dari jenis jin mahupun manusia seprti daidalam FirmanNya didalam surah an nas.

Imam As Syafie pernah menyebut tentang sahabat didalam syairnya:

“Aku mencintai sahabatku dengan sepenuh jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan dia akan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yg tidak luntur baiknya dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya.." (Imam Shafie)

Sahabat inilah yang akan sentiasa bersama kita walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Samada kita dalam keadaan gembira mahupun dalam keadaan sedih. Oleh itu....carilah sahabat yang benar-benar mampu membantu anda walau apa keadaan sekalipun. Dan apabila bersahabat, hargailah dia dengan sebaik-baiknya. Kerana Nabi saw Bersabda:

"أوثق عرى الإيمان الموالاة في الله والمعاداة في الله والحب في الله والبغض في الله عز وجل"

“Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan kerana Allah, berkonfrantasi kerana Allah, berkasih kerana Allah, dan membenci kerana Allah.” [Riwayat at Tabrani]


Semoga kita dikurniakan sahabat yang sejati....insyaAllah.

No comments: