Followers

Saturday, May 21, 2011

Infak Fi SabililLah...


Assalamualaikum kepada semua yang membaca, Ahli PERMAYA, para dermawan, ahli-ahli korporat, dan insan-insan yang dimurahkan rezqi oleh Allah SWT sekelian.. semoga Allah SWT merahmati kita dan sentiasa melimpahkan rezqi yang barakah...insyaAllah.

Allah SWT berfirman:
Perumpamaan orang-orang yang menginfakkan hartanya karena mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiramnya, maka hujan gerimis (pun memadai). Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat. (Al-Baqarah: 265)

(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat dalam perjuangan di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi. Orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena mereka menjaga diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu infakkan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. (Al-Baqarah: 273)


Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) merupakan badan yang menjaga kebajikan pelajar-pelajar yang menuntut di Negara Repablik Yaman. Badan ini ditubuhkan pada tahun 1997 dan penubuhannya bernaung penuh dibawah Kedutaan Malaysia di Yaman.

Selain dari menjaga kebajikan pelajar-pelajar di Yaman, Persatuan pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) juga menyusun aktiviti-aktiviti yang mampu memberi manfaat dalam aspek rohani dan jasmani.

Disebabkan Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap dan kukuh, kami amat mengharapkan sumbangan / zakat / bantuan kewangan dari para dermawan sekalian untuk sama-sama membantu Persatuan ini.

Sebarang sumbangan / zakat / bantuan kewangan bolehlah disalurkan terus ke akaun Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA)

atas nama: Ettihad Permaya Enterprise
Bank : CIMB Bank
No Akaun : 13110001242107

Segala jasa baik para dermawan sekalian amatlah kami hargai. Semoga Allah memurahkan lagi rezqi para dermawan sekalian dan menempatkan para dermawan ditempat yang tinggi diakhirat kelak, InsyaAllah.

Dan kami akhiri dengan Jazakumullahu Khairan kathira.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Presiden PERMAYA sesi 2012/2013:

Nama : Abdul Rahman Bin Che Mat
No Tel : +967  714330899
Email : permaya.presiden@yahoo.com

No comments: