Followers

Friday, August 12, 2011

Bagaimana Ramadhan Kita Sekarang???

Sedar atau tidak, kita sudah merentas Ramadhan hampir separuh dari perjalanannya. Terasa pantas masa berlari mengejar penghujungnya, tetapi kita masih leka dibuai tipudaya dunia yang penuh dengan cacat cela.Nak dikata tidak diberi peringatan, dilihat setiap tempat-tempat ibadah menydiakan masa dan pentazkirah jemputan di pelbagai-bagai tempat untuk menyedarkan kita.

Tapi, lain yang di ingin lain pulak yang jadinya. Sepatutnya semakin mendengar peringatan, semakin istiqamah dengan tempat ibadah. Apatah lagi yang sekarang ini sudah hampir dipenghujung Ramadhan. Yang jadinya pulak sebaliknya, masjid dan surau semakin berkurangan pengimarahnya jika nak dibandingkan pada awal Ramadhan.

Berlawanan pula dengan apa yang ditunjukkan oleh Baginda Nabi saw. Baginda saw apabila di penghujung Ramadhan, Beliau mempertingkatkan 'amalan dari amalan-'amalan yang dilakukan pada awal Ramadhan.

Sikap kita yang terlalu ingin menyambut Fitrah pada zahir sehinggakan terlupa kepada pengembalian sebenar kita kepada Fitrah pada batin yang memberi maksud bersih diri dari dosa-dosa yang diibaratkan seperti kain putih bersih.

Nabi saw pernah mengaminkan doa Malaikat Jibril ketika Beliau menaiki mimbar. Kata Malaikat Jibril "Akan rugi dan menyesal diakhirat kelak bagi sesiapa yang melalui bulan Ramadhan. Tetapi setelah selesai Ramdhan, dosanya masih tidak diampunkan oleh Allah".

Penyesalan diakhirat merupakan suatu penyesalan yang akan dirasai selama-lamanya. Bagi orang yang memasuki syurga juga, ada dikalangannya akan terasa menyesal kerana melihat orang lain yang lebih hebat darinya. Tetapi bagi ahli neraka, penyesalan penuh penyesalan kerana baru tersedar dari hakikat hidup didunia.

Dunia yang disabdakan oleh Nabi saw "ia merupan tempat bercucuk tanam, dan hasilnya akan dikutip diakhirat kelak". Dan Nabi saw juga menyebut : "Jadikanlah diri kamu didunia seperti seorang yang asing atau seorang pengembara". Dan menggunakan peluang yang ada didunia untuk mencari bekalan demi meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju (akhirat).

Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita semua...insyaAllah.

2 comments:

ummuainries said...

semoga segala ibadah di bulan mulia ini diterima di sisi Allah...

Ibnuyaziz87 said...

Amin...