Followers

Tuesday, September 13, 2011

Dari Kedutaan ke PERMAYA...

Assalamualaikum dan Salam mahabbah kepada Ahli PERMAYA, dan Pekerja yang sedang menunggu masa untuk menyambung tugas di Republik Yaman.

3.40 PM. 13/9/2011 saya menghubungi En. Faisal (Wakil dari pihak Kedutaan Malaysia di Yaman) buat kali yang seterusnya.

Apa yang disebutkan oleh En. Faisal, Keadaan Yaman sekarang ini lebih teruk jika ingin dibandingkan dengan keadaan semasa Rakyat Malaysia dihantar pulang sebelum ini (seperti apa yang saya sebutkan didalam Berita Yaman).

Walaupun Kedutaan Malaysia sudah dibuka di Sana'a, tetapi Tuan Duta masih tidak ada. Dan yang mengendalikan urusan kedutaan di Yaman hanyalah 2 orang, iaitu En. Faisal dan En. Jamaluddin.

Universiti-universiti di Sana'a sudah beroperasi seperti Universiti Ulum, Yamania dan lain-lain.
Dan bagi sesiapa yang pergi ke Yaman dengan cara diam-diam (tanpa pengetahuan kedutaan), ini merupakan perkara yang tidak sepatutnya berlaku, kerana sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini pihak kedutaan akan dipertanggungjawab.

Inilah yang disebut oleh En. Faisal. Diharapkan supaya kita yang terlibat dapat memberi kerjasama sebaik-baiknya agar tidak membebankan mana-mana pihak.

Kepada sahabat-sahabiah yang masih menunggu pangilan untuk pulang ke Yaman, isilah masa yang terluang tanpa had yang ditentu ini dengan apa-apa yang berfaedah. Samada mencari tempat-tempat pengajian, mencari dana pendapatan jika memerlukan dan jangan menghabiskan masa terluang ini dengan perkara yang tidak memberi faedah.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah swt mempermudahkan segala urusan kita dalam usaha mencari ilmu-Nya.

Dan saya akhiri dengan lafaz Assalamualaikum.....

No comments: