Followers

Sunday, February 6, 2011

Kenapa Rakyat Yaman Memberontak???....

Ya Allah…. Terasa lama tak menambah baik blog ini. Mungkin masa sedikit tidak mengizinkan. Tidak tahu apa yang menjadi penghalang. Banyak isu-isu berlaku sekarang ini. Disebalik pelbagai peristiwa, banyak perasaan bermain dalam benak hati kerdil ini. Masalah disekeliling, ditambah pula saudara mara yang sekarang berada di tempat yang berlaku pergolakkan (Mesir). Semoga semua saudara dan sahabat-sahabat di sana dan di mana-mana selamat dan sentiasa dilindungi Allah..amin.

Hari Khamis & Jumaat lepas, rakyat Yaman berhimpun untuk memprotes kerajaannya. Mesir dalam keadaan masih tidak terkawal. Semua ini bermula dari Tunisia. Ya Allah.. Terasa hampir dengan janji-Nya. Bahawa Islam akan bangkit, keamanan dan kerahmatan akan kembali meliputi alam semesta. 

Bagaimanakah Daulah Islamiah akan tertegak???

Ini adalah persoalan yang sekarang ini disangka dengan pelbagai tafsiran. Ada yang berpegang dengan cara hanya Mengundi, ada yang perpendapat dengan cara mentarbiah generasi, ada yang berjuang kedua-duanya, ada sebahagiannya dengan cara rusuhan dan berperang. Mungkin itu yang terbaik bagi mereka. “Nak berjalan dan pijak bumi pun, kena tengok jalan dan keadaan jugak” betul tak? Kalau dalam hutan, kena kejar dengan harimau lapar...tak kan nak jalan lenggang-lenggok macam jalan pergi pekan. Mesti kena lari habis laju, dan menyelit di celah-celah kayu. 

Semua ada peranan masing-masing untuk Islam. Apa yang penting, buat sesuatu untuk kebaikkan Islam. Bukan untuk kepentingan peribadi dan jangan hanya sekadar angan-angan. Hidup hanya berfikir untuk periuk nasi dirumah semata-mata tanpa menghiraukan keadaan semasa yang berlaku pada umat Islam.

Ya Allah...Manfaatkanlah hidup kami ini untuk AgamaMu.

Golongan kuffar mempercayai Hadis Nabi saw bahawa Islam akan menakluki dunia, dan mereka merancang agar ianya tidak berlaku. Tetapi ini adalah janji Allah swt sepertimana FirmanNya :

يُرِيدُونَ أَنْ يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ (٣٢)

“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)”. Surah At-Taubah – Ayat 32

Mereka hanya mampu untuk menangguhkan kemenangan Islam. Tetapi mereka tidak mampu untuk menahan Islam dari bangkit sebagai Daulah yang utama. Islam akan tertegak. Mereka merancang, Allah juga merancang. Dan perancangan Allah mengatasi segala-galanya. Dan tugas kita melaksanakan tanggungjawab untuk kedaulatan Islam walau bagaimana cara sekali pun.

Apa yang berlaku di Yaman sekarang ni bukanlah satu pemberontakan seperti yang berlaku di Mesir. Tetapi himpunan rakyatnya dengan satu suara menuntut beberapa perkara. Dan warna ping (merah jambu) sebagai tema. Bukan warna merah terang. Di sebalik warna, kita mampu menafsirkan sesuatu, mereka tidak inginkan keburukkan dan kerosakkan berlaku. Tetapi apa yang di inginkan adalah keadilan. Tuntutan mereka dengan cara aman. Dibawah ini risalah yang diedarkan oleh rakyat Yaman :


No comments: