Followers

Sunday, August 30, 2009

Imarahkanlah RamadhanMu....


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (١٨٥

Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. Surah al Baqarah – Ayat 185

Ramadhan adalah satu bulan yang Allah swt menyebut namanya didalam kitab suci al Quran. Allah swt menjadikan ramadhan sebagai bulan berpesta bagi hambanya untuk melakukan ‘ibadah kepadaNya. Agungnya bulan ramadha sehinggakan Nabi saw berdoa ketikamana tibanya dibulan Rejab:

عن أنس قال : كان النبي صلى الله عليه و سلم إذا دخل رجب قال : اللهم بارك لنا في رجب و شعبان و بلغنا رمضان

Ketikamana Nabi saw masuk didalam bulan Rejab, Nabi saw berdoa: “Ya Allah , Engkau berkatilah kami didalam Bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami kepada Bulan Ramadhan”. Riwayat Baihaqi

kehadiran Ramadhan, adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan oleh setiap hamba yang mencarikan ketenangan dalam mengerjakan ‘ibadah. Ketibaannya disambut dengan penuh kegembiraan. Pada siangnya dipenuhi waktu dengan berpuasa dan malamnya dihiasi dengan tarawih dan qiamullail.

Kemeriahan Ramadhan dirasaai oleh seluruh umat islam. Masjid menjadi tempat utama untuk mengisi masa didalam Bulan Ramadhan. Bermula dari berbuka sehinggalah tarawih dan makan selepasnya.

Antara perkara yang dituntut didalam bulan Ramadhan ini:

Pertama:- Berpuasa.
Firman Allah swt:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (١٨٣

Wahai orang-orang Yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. Surah al Baqarah – Ayat 183

Sabda Nabi saw:

عن أبي هريرة عن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : ما من حسنة عملها بن آدم إلا كتب له عشر حسنات إلى سبعمائة ضعف قال الله عز و جل إلا الصيام فإنه لي وأنا أجزي به يدع شهوته وطعامه من أجلي الصيام جنة للصائم فرحتان فرحة عند فطره وفرحة عند لقاء ربه ولخلوف فم الصائم أطيب عند الله من ريح المسك
قال الشيخ الألباني : صحيح

“Tidaklah dari kebaikkan yang dilakukan oleh anak Adam itu melainkan ditulis baginya sepuluh kebaikkan sehingga tujuh puluh gandaan Firman Allah ‘Azza Wajalla melainkan puasa, sesungguhnya puasa bagi Aku dan Aku akan membalas kerana dengan berpuasa dia meninggalkan shahwatnya dan makannya, maka ganjaran puasa adalah Syurga. Bagi yang berpuasa dua kegembiraan, gembira ketika berbuka dan gembira ketika bertemu Tuhannya. Dan bau mulut orang yang berpuasa baik disisi Allah daripada bau kasturi”. Riwayat Nasai

Didalam hadis yang lain:

أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ حَدَّثَهُمْ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan penghayatan akan diampunkan dosa baginya apa yang telah lalu” Riwayat Bukhari dan Muslim

Kedua:- Sembahyang malam.
Firman Allah swt:

يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ (١)قُمِ اللَّيْلَ إِلا قَلِيلا

Wahai orang yang berselimut!.1. bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat) 2. Surah Al Muzammil– Ayat 1&2

Sabda Nabi saw:

أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ حَدَّثَهُمْ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Sesiapa yang mendirikan malam (Sembahyang) dimalam Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan akan diampunkan dosa baginya apa yang telah lalu”. Riwayat Bukhari dan Muslim

Didalam hadis yang lain:

عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما قال : قال لي رسول الله صلى الله عليه و سلم : يا عبد الله لا تكن مثل فلان كان يقوم الليل فترك قيام الليل

“Wahai Abdullah, jangan kamu mencontohi sifulan, dia bangun diwaktu malam tetapi dia meninggalkan sembahyang malam”. Riwayat Bukhari.

Ketiga:- Bersedakah.

1: Memberi makan.
Firman Allah swt:

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَى حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا (٨)إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لا نُرِيدُ مِنْكُمْ جَزَاءً وَلا شُكُورًا (٩)إِنَّا نَخَافُ مِنْ رَبِّنَا يَوْمًا عَبُوسًا قَمْطَرِيرًا (١٠)فَوَقَاهُمُ اللَّهُ شَرَّ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَلَقَّاهُمْ نَضْرَةً وَسُرُورًا (١١)وَجَزَاهُمْ بِمَا صَبَرُوا جَنَّةً وَحَرِيرًا (١٢

Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan, 8.(sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih, 9."kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut".10.Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati). 11.dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan syurga dan (persalinan dari) sutera.12. Surah Al Insan – Ayat 8-12

2: melaksanakan majlis berbuka pusa.

Sabda Nabi saw:

عن زيد بن خالد الجهني قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم* من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka baginya ganjaran seperti orang yang berpuasa selain darinya tanpa mengurang ganjaran orang yang berpuasa walaupun sedikit” Riwayat Nasaie

Keempat:- Memperbanyakkan membaca al Quran.

عن ابن مسعود يقول : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من قرأ حرفا من كتاب الله فله به حسنة و الحسنة بعشرة أمثالها أما أني لا أقول آلم حرف و لكن ألف حرف و لام حرف و ميم حرف

“Sesiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah (al Quaran) maka baginya satu kebaikkan, dan kebaikkan digandakan sepuluh sepertinya. Dan tidaklah kamu membaca alif lam mim satu huruf, tetapi alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf. Riwayat Baihaqi

Kelima:- Duduk didalam masjid dari sembahyang subuh sehingga terbit matahari.
Sabda Nabi saw:

قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - من صلى الفجر في جماعة ثم قعد يذكر الله حتى تطلع الشمس ثم صلى ركعتين كانت له كأجر حجة وعمرة تامة تامة تامة

“Sesiapa yang sembahyang subuh berjama’ah kemudian dia duduk mengingati Allah sehingga terbit matahari dan kemudiannya dia bangun sembahyang dua rakaat maka baginya seperti ganjaran haji dan umrah sempurna sesempurnanya” Riwayat Tarmizi

Keenam:- Ber’itikaf.
Sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Bukhari bahawasanya Nabi saw ber’itikaf didalam bulan Ramadhan

Ketujuh:- Berumrah.
قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم فإن عمرة في رمضان تقضي حجة معي

“Sesungguhnya umrah dibulan Ramadhan seperti menunaikan haji bersama aku”. Riwayat Bukhari

Kelapan:- Bersungguh dalam mencari Lailatul Qadar.
Firman Allah swt:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (١)وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (٢)لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (٣

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, 1.dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? 2.malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.3. Surah Al Qadar – Ayat 1-3

Dan Sabda Nabi saw:

عن أبي هريرة رضي الله عنه: عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : من قام ليلة القدر إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

“Sesiapa mandirikan malam al Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan maka akan diampunkan dosa baginya apa yang telah lalu”. Riwayat Bukhari dan Muslim

Kesembilan:- Memperbanyakkan zikir, doa dan istiqfar.
Ada beberapa masa yang disebut oleh nabi saw untuk kita berzikir, berdoa dan beristiqfar:

1: Sebelum berbuka. Sabda Nabi saw:

عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم ثلاثة لا ترد دعوتهم الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم

“Tiga keadaan yang tidak akan ditolak permintaannya: yang berpuasa sehingga ia berbuka, pemimpin yang adil, dan pemohonan orang yang dizalimi”. Riwayat Baihaqi

2: Satu pertiga di akhir malam. Sabda nabi saw:

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « إِذَا مَضَى شَطْرُ اللَّيْلِ أَوْ ثُلُثَاهُ يَنْزِلُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ هَلْ مِنْ سَائِلٍ يُعْطَى هَلْ مِنْ دَاعٍ يُسْتَجَابُ لَهُ هَلْ مِنْ مُسْتَغْفِرٍ يُغْفَرُ لَهُ حَتَّى يَنْفَجِرَ الصُّبْحُ ».

“Ketikamana berlalunya separuh malam atau satu sepertiganya, maka turunlah Allah Tabaraka Wata’ala ke langit dunia lalu Bersabda: “ Sesiapa yang memanggilKu, Aku akan datang padanya, sesiapa yang meminta kepadaKu, Aku akan memberi, sesiapa yang memohon ampun, aku akan mengampuni baginya sehingga tibanya waktu subuh”. Riwayat Muslim

No comments: