Followers

Thursday, September 3, 2009

Nilai Setitis Air Mata...

Jenis-jenis Air Mata:

Kata Ibnu Qayyim, Ada 10 jenis tangisan:

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
2) Menangis kerana rasa takut
3) Menangis kerana cinta
4) menangis kerana gembira
5) menangis kerana menghadapi penderitaan
6) menangis kerana terlalu sedih
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah
8) Menangis untuk mendapat belas kesihan orang
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
10) Menangis orang munafiq (pura-pura)

Firman Allah saw:
وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَى (٤٣

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis; Surah An Najm – Ayat 43

Jadi Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi dan terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering dan ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus, seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti...jika air ini ditampung, kemungkinan ia mampu membanjiri dunia.

Tangis ini tercela atau terpuji?

Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan yang sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takutkan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka

RasululLah saw Bersabda: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api Neraka.dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan. Apabila seseorang daripada sesuatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati.tidaklah ada sesuatu pun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api Neraka”.

Air mata taubat Nabi Adam as

Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit kerana tersangat takut dan hiba terhadap dosa yang telah dilakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah swt telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata Adam lalu berkata: “Manis sungguh air ini”. Nabi Adam terdengar dan ia menyangka bahawa burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan lagi tangisannya.

Setelah itu Allah swt menerima taubat Nabi Adam as dan mewahyukan: "Wahai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air lebih lazat dariapada air mata taubatmu!”.

Air mata yang tidak dituntut

1. Jangan menangis jika tidak tercapai cita-cita kerana Allah swt telah menentukannya.
2. Jangan menangis ketika menonton filem Hindustan kerana itu hanya sekadar lakonan semata-mata.
3. Jangan menangis kerana cinta tidak terbalas kerana mungkin ia bukan jodoh yang telah ditetapkan
4. Jangan menangis kerana gagal dalam peperiksaan kerana mungkin kita kurang membuat persediaan
5. Jangan menangis jika kewangan hilang dijalanan kerana mungkin kerana kita kurang membuat sedekah dan ‘amalan.
6. Jangan menangis jika tidak dinaikkan pangkat kerana yakinlah bahawa rezqi itu pemberian Tuhan.

Oleh itu.....

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri yang akhirnya dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam mampu mengelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah saw. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis, membasahi dan menyuci hati sehingga ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan serta mendapat keampunanNya jua.

Junjungan Mulia Bersabda:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : عينان لا تمسهما النار ، عين بكت من خشية الله ، وعين باتت تحرس في سبيل الله

“Ada dua biji mata yang tidak akan disentuh api neraka, mata yang menangis kerana takut kepada Allah swt dan dua biji mata yang menjaga pasukan fisabililLah di waktu malam”. Riwayat Tarmizi


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله : ورجل ذكر الله خالياً ففاضت عيناه

“Di antara 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah swt di Hari Qiamat......seseorang lelaki yang mengingati Allah swt dalam kesunyian mengalirlah air matanya. Riwayat Bukhari & Muslim


قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : إذا اقشعر جلد العبد من خشية الله تحاتت عنه ذنوبه كما يتحات عن الشجرة اليابسة ورقها

“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah , maka berguguranlah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohanan yang kering”. Riwayat Baihaqi


Berkata salman Al Farisi ra: Aku dibuat menangis atas 3 perkara:

1) Berpisah dengan RasululLah saw dan sahabat-sahabat
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Izrail datang untuk mencabut nyawanya
3) Aku tidak tahu samaada aku akan diperintahkan untuk ke Syurga atau Neraka.
Air mata tanda rahmat Tuhan.

RasululLah saw Bersabda: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara:

1) Apabila dahinya berpeluh
2) Air matanya berlinang
3) hidungnya mengalir cecair seperti hingus

....kerana hal-hal tersebut menandakan Rahmat Allah swt terhadap si mayat.
Riwayat dari Salman al Farisi

Oleh itu, sucikanlah 4 hal dangan 4 perkara:

“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu
Dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu”.

No comments: