Followers

Monday, April 12, 2010

Penghargaanku....


Assalamualaikum buat semua yang membaca watikah ini. Pertama-tamanya, segala kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt kerana dapat menyelesaikan sebahagian tanggungjawab yang diamanahkan olehNya (Naib Presiden / Pengerusi Lajnah Tarbiyah & Akademik) dalam Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) untuk sesi ini 09/10. Sekalung penghargaan buat barisan exco PERMAYA yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan, Ahli Jawatan Kuasa Lajnah Tarbiyah & Akademik yang sentiasa bersama untuk merancang dan menjayakan, dan seluruh ahli PERMAYA yang sentiasa memberi komitmen dan menjayakan program-program.

Sedar atau tidak, patah tumbuh berganti, yang datang akan pergi, yang hidup menemui mati. Begitulah sunnatulLah yang disusun diatas muka bumi ini. Dari zaman penciptaan Adam as, kemudian diganti demi gantian. Keturunan menuruti keturunan, Generasa ke generasi, utusan (Rasul) demi utusan, semata-mata untuk dijadikannya khalifah. Khalifah yang sentiasa mengajak manusia kearah patuh dan tunduk kepada Allah swt, dan tidak melakukan kerosakkan diatas muka bumiNya.

Sempurnanya Program Qadhiyyatuna Palestin lalu, maka selesai sudah program bertarikh yang dirancang oleh Lajnah Tarbiah & Akademik PERMAYA sesi 09/10. Bermula dari Daurah ‘Ijazul Ilmi (13-23.5.2009),  Semalam Bersama Saudara Kita (11.6.2009), Bulan Persada Ilmiah (Julai), Daurah Sirah (Ramadhan), ‘Itikaf (10 Akhir Ramadhan), Forum Perdana Ma’al Hijrah (24.12.2009), Kuiz Sirah (28.1.2010), dan Qadhiyyatuna Palestin (18.2.2010). 

Dan diselangi pula dengan program-program setiap minggu (Khamis) seperti Sambutan Hari Kemuliaan Islam,  Muzakarah Kitab, Ceramah Isu Semasa, Pengajian kitab Bidayatul Hidayah (malam ahad), pengajian kitab Kaifa Tahfazul Quran? (malam selasa), Qiamullail setiap malam Jumaat, dan penerbitan Al-Qalam  dua kali pada setiap bulan. Yang berbaki hanyalah program-program mingguan yang akan berjalan seperti biasa sehingga 30/04/2010 ini..InsyaAllah.

Sebagai Penghargaan...TERUTAMA....kepada AJK Lajnah Tarbiyah & Akademik 09/10 dalam membantu untuk melancarkan lagi setiap program yang dirancang:
SETIAUSAHA
Ust. Muhammad Aiman bin Shamsul Bahrin

BENDAHARI & UNIT AUDIO
Ust. Muhammad Hakimi Hamzi bin Muhd Hayat

UNIT AL QALAM
Ust. Syed Mohd Faris bin Syed Roslan (Ketua)
Ust. Mohamed Sukri bin Omar
Ust. Mohd Faizul bin Abdullah

UNIT DAKWAH DAN KEROHANIAN
Ust. Abdul Rahim Rukaini bin Abdul Rahman (Ketua)
Ust. Imaduddin bin Jamaludin
Ust. Ahmad Mustakim bin Abdul Hamid

UNIT AKADEMIK DAN KEPIMPINAN
Ust. Aisamuddin bin Muhammed  (Ketua)
Ust. Faizal bin Mohd Razi
Ust. Mohd Zaidi  Bin Mat Zaid

Semoga Allah swt melimpahkan ganjaran berlipat kali ganda kepada kita semua dalam usaha menyempurnakan amanah yang sama-sama dipikul….InsyaAllah.

Yang Amat Menghargai:
Mohammad Iqbal Abu Yaziz
Pengerusi Lajnah Tarbiyah & Akademik
Persatuan Pelajar Malaysia Yaman
(PERMAYA) 09/10

3 comments:

alFaqirah ilAllah.. said...

Amanah alQuran itu jauh lbh besar dn lbh berat dr amanah kepimpinan..kerana amanah alQuran, bilamana amanah sudah diterima, selamanya hingga hujung nyawa..namun, amanah kepimpinan hanya pada masanya..apapun, kedua2nya adalah amanah..perkara yang paling besar dan berat sebagaimana kata Imamul Ghazali...
wallahua'lam..

Ibnuyaziz87 said...

Manusia dan amanah umpama jasad dan roh yang tidak dapat dipisahkan. Setiap manusia mempunyai amanah dan akan disoal tentangnya.
Sabda Nabi saw: "Setiap kamu adalah pemimpin, dan kamu akan disoal (dipertanggungjawabkan) tentang apa yang kamu pimpin".
Semua ini amanah. Amanah kita terhadap diri sendiri untuk Islam, amanah terhadap ibu bapa, keluarga, rakan terdekat, jiran-jiran, orang sekeliling, dan masyarakat seluruhnya untuk menjadikan umat seluruhnya beramal dengan tuntutan Allah..
Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada kita semua...insyaAllah.

Ana FyruZ said...

subhanaALLAH.. satu bicara yang memberi banyak nasihat yang berguna.. minta copy di blog ana..insyaALLAH