Followers

Monday, April 26, 2010

Sahabat Dalam Berjuang...


“Ya Allah, kurniakanlah kepadaku seorang sahabat untuk sentiasa menemaniku dalam berjuang demi agamaMu”.
Keluh hati kecil. Nak merungut, tak sepatutnya bagi seorang hamba pada Sang Pencipta. Terpaksa tabahkan hati demi agamaNya. Pilu dan sunyi sentiasa bermain di benak hati. Kadang kala terfikir sendirian “adakah bersahabat dalam perjuangan menjadi satu keperluan?”.
Jika merenung kehidupan Baginda saw, Baginda adalah seorang yang paling dan sangat mengasihi Allah swt dan Allah swt juga sangat mengasihinya. Tetapi Baginda mempunyai sahabat-sahabat. Yang paling rapat dan dekat dengan Baginda saw adalah saidina Abu Bakar ra. Maknanya, walaupun Baginda tidak putus-putus mengikat hati dengan kekasihnya (Allah swt), Baginda tetap tidak mengabaikan sahabatnya untuk sama-sama berjuang dan berkorban.
“Ya Allah, jika bersahabat dalam berjuang menjadi satu keperluan, maka Engkau berikanlah kepadaku seorang sahabat yang benar-benar mampu menemaniku untuk melangkah menuju ZatMu dan sama-sama berjuang untuk agamaMu sehingga akhir hayatku”.
Kerdil rasa bila menghadap Rabb. Allah swt Berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ (١٥)
“Wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam Segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji”. – Surah Fathir – Ayat 15

Kenapa aku terlalu lemah? Bila diuji, pelbagai rasa bermain dihati. Sedih, lemah semangat, putus asa sehingga rasa nak bersendirian dari berhadapan dengan manusia. Tapi, jika aku menuruti kehendak hati, maka aku akan bercanggah dengan apa yang ditunjukkan oleh Baginda saw. Ujian pada Baginda lagi hebat jika ingin dibandingkan dengan ujian kita. Allah swt Berpesan kepada Baginda saw didalam FirmanNya:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٣١)قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ (٣٢)
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku (Nabi saw), nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (31) Katakanlah (Wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir”.(32). –Surah Ali-Imran – Ayat 31 & 32

“Ya Allah, beratnya jika aku berpaling. Semoga Allah tetapkan hati kita sentiasa hidup dalam berjuang demiNya”. Allah swt Berfirman:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ (٢١)
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik”. –Surah Al-Ahzab – Ayat 21

Nabi saw bersabda:
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- : إِنَّمَا بُعِثْتُ لأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاَقِ
“Sesungguhnya aku diutuskan bagi menyempurnakan kemuliaan akhlak”. Riwayat Baihaqi

Baginilah hidup seorang hamba. Hidupnya tidak boleh mengikut akal fikiran dan hawa nafsu. Kerana kita mempunyai Tuan. Tuan kita sudah menghantar utusan sebagai contoh dan ikutan. Dan bersamanya satu kitab (Al-Quran) dari Allah swt, Tuan segala makhluk. Itulah panduan buat umat Muhammad saw. Ingin atau tidak, senag atau susah dan ringan atau berat, tetap perlu mengorbankan diri demi agamaNya. Allah swt Berfirman:

إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (١١١)
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”. (111). –Surah At-Taubah – Ayat 111

“Ya Allah, aku tidak layak dibeli olehMu kerana aku adalah seorang hamba dariMu. Walaupun Engakau tidak membeliku, tanggungjawabku tetap tidak terlepas dari bekorban untukMu”.
“Aku bukan hamba pada manusia, bukan juga hamba pada makhluknya. Tapi aku adalah hamba pada Sang Pencipta. Aku mesti patuh dengan setiap arahanNya walaupun ia bertentangan dengan kehendakku”. Keluh lagi hati kecilku. Allah swt Berfirman didalam surah yang lain:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ (١٠)تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (١١)
Wahai orang-orang yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (10) Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (11). –Surah Ash-Shaff – Ayat 10 & 11

Perniagaan yang boleh menyelamatkan kita dari azab yang pedih!. Inilah satu tawaran yang dibentangkan kepada manusia, menuntut agar mengorbankan harta dan jiwa raga demi Islam.
“Ya Allah, Engkau mempunyai segala kesempurnaan, Engkau mempunyai sifat kasih kepada hamba lebih dari sifat hamba mengasihi Engkau. Ya Allah, Engakau ikatkanlah hatiku dengan ZatMu dan golongkanlah aku dikalangan kekasihMu. Ya Allah, Jika berjuang menuntut kepada persahabatan, Engakau kurniakanlah kepadaku sepertiamana Engkau kurniakan saudara kepada Nabi Allah Musa as, dan juga sahabat kepada kekasihMu Nabi Muhammad saw”.

2 comments:

alFaqirah ilAllah.. said...

ingatlah, dalam bersahabat, Allah tetap akan hadirkan ujian demi ujian..begitulah hidup seorang mukmin, sentiasa diuji walau dalam ap jua keadaan. cuma, yakinlah pada kebergantungan kita pada Allah. andaikata Allah menghadiahkan sahabat baik dan Allah juga menurunkan ujianNya, maka, berserahlah pada Allah. yakin pada penyerahan diri padaNya, kerana Dia hanya ingin menguji kesetiaan dan pengorbanan seorang sahabat yang boleh menjadi sahabat kita. Sungguh kita tidak mungkin menemui sahabat sesetia Saiduna Abu Bakar as-siddiq,tp biarlah terlebih dahulu mencontohinya dalam persahabatan, insyaAllah Dia akan hadirkan sahabat yang sejati menujuNya..jk tidak didunia, mungkin jua di akhirat sana..insyaAllah..amiin

Ibnuyaziz87 said...

InsyaAllah..Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang tidak mengsihi, maka dia tidak akan dikasisi".
Apa-apa pun, semuanya bermula dari diri kita. Kita mengasihi orang, orang akan mengsihi kita. dan jika kita berkorban untuk orang, insyaAllah orang lain juga akan berkorban untuk kita. Inilah lumrah dalam kehidupan yang saling memerlukan diantara satu sama lain. Jika kita menzalimi orang, belum tentu kita boleh terlepas dari dizalimi oleh orang. Kerana setiapa apa yang dikerjakan, mempunyai balasan. tidak kiralah...samada ia baik atau buruk.
Apa yang perlu kepada kita, buat apa yang kita fikir, kita ingin orang lain membuat kepada kita (dalam kebaikkan). Semoga Allah menjadikan kita sebagai pembantu Agamanya...InsyaAllah..Amiin.