Followers

Sunday, March 13, 2011

Kenyataanku Untuk PERMAYA...

Assalamualaikum....kepada seluruh rakyat Malaysia di Yaman, terutama sekali para ahli PERMAYA yang dikasihi sekalian. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua..insyaAllah. 

Terima kasih kepada pihak kerajaan Malaysia terutamanya kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak yang telah menyediakan penerbangan untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Yaman.

Memandangkan keadaan di Sana'a, Yaman sekarang ini semakin ketara, kami dari pihak kepimpinan bersama pihak kedutaan sedang berusaha untuk memohon kerjasama pihak kerajaan Yaman agar dapat menerima permohonan dan mengambil tindakan segera membawa pulang semua rakyat malaysia yang ingin pulang untuk keluar dari Sana’a sebelum keadaan menjadi semakin bahaya.

Sepertimana yang kita ketahui, Yaman merupakan negara yang bebas bersenjata. Rakyat-rakyatnya sekarang sudah bersedia untuk bertempur dengan sesiapa sahaja yang akan menentangnya. Dalam menilai keadaan sekarang, ketegangan di Yaman akan menjadi semakin parah sekiranya tidak ada tindakan segera yang mampu menyatukan kedua-dua belah pihak.

Apa yang ingin diperkatakan, “Gerak kerja yang sepetutnya dilakukan, tidak sama seperti apa yang kita sangka”. Banyak urusan-urusan yang terpaksa melibatkan kerajaan Yaman yang sekarang ini mereka berhadapan dengan penentang dari pihak pembangkang.

Kami dari pihak kepimpinan PERMAYA dan Kedutaan amat mengharapkan kerjasama semua agar tidak mendekati mana-mana kawasan yang menjadi tempat tumpuan rakyat Yaman untuk mengelak sebarang kesulitan yang mungkin akan menambah bebanan kami sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
Sebagai persediaan awal, para ahli bolehlah menyiapkan barangan keperluan dan kepentingan untuk memudahkan lagi gerak-kerja setelah adanya pengumuman yang berikutnya.

Sebarang masalah atau kecemasan, sila hubungi kami dari pihak PERMAYA atau berhubung terus dengan pihak Kedutaan.

Presiden PERMAYA:
+967 713 538208
+967 714246438
(Mohammad Iqbal Abu Yaziz)


Bilik Operasi Keselamatan (Embassy):
+967 01429781
(En. Hamdan)

No comments: