“Bermulanya Islam itu ganjil, dan ia akan kembali sepertimana mula ganjilnya, maka beruntunglah bagi orang yang bersamanya dalam keganjilan (Islam).” - Hadis Riwayat Muslim Islam dan da’wahnya bermula dalam keadaan yang dagang dan ganjil. Islam sewaktu mula didatangkan di Makkah Al Mukarramah, asing dan tidak dikenali oleh masyarakat. Oleh kerana Islam gharib dan unik maka Islam dibenci dan dimusuhi. Pembawa dan pendokong-pendokongnya dizalimi dan dihadapkan dengan berbagai-bagai mehnah dan tribulasi. Kerana keganjilannya, ada penganutnya yang kehilangan penglihatan, ada yang gugur syahid, dan ada yang terpaksa berhijrah ke Habsyah dan akhirnya pendokong-pendokong Islam berhijrah ke Madinah demi mencari keredhaan Allah swt dan merealisasikan Islam di dalam wajahnya yang murni sebagai ad-Din. Hal ini telah dinyatakan oleh Allah swt didalam FirmanNya:
(Pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredaanNya, serta menolong (agama) Allah dan RasulNya; mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya). Surah Al-Hasyr – Ayat 8 Faktor Ganjil Pertama Terdapat pelbagai faktor Islam ganjil kali pertama yang dikemukakan oleh pihak tertentu seperti faktor politik, sosial, ekonomi dan sebagainya. Namun, di sana terdapat satu faktor terbesar yang menyebabkan Islam ganjil iaitu faktor aqidah Islam yang berlawanan dengan Jahiliyyah atau kufur. Islam mengajak kepada aqidah yang sohih, serta realiti hidup salimah, syamilah dan kamilah yang mana bertentangan dengan kekufuran. Islam dan kekufuran sentiasa dalam keadaan harb (peperangan). Kekufuran tidak dapat menerima Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah swt. Kekufuran tidak menerima hukum-hukum dan undang-undang Allah swt berjalan dan berkuasa di bumi. Firman Allah swt:
Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan dia. Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Surah Yusuf – Ayat 40 Inilah faktor terbesar. Faktor ini wujud di setiap zaman, hatta di zaman sekarang walau pun tersembunyi di sebalik faktor-faktor lain. Dengan ketentuan Allah swt dan pertolonganNya serta berkat usaha, pengorbanan dan jihad Rasulullah saw bersama-sama para sahabat r.a. yang sabar dan ikhlas, maka gharib (ganjil) tersebut telah hilang. Akhirnya petunjuk dan rahmat Allah swt diterima, dihayati dan didaulatkan sepenuhnya di Madinah al-Munawwarah. Pengorbanan dan jihad Rasulullah saw dan sahabat-sahabat baginda telah diterima dan diredhai oleh Allah swt. Mereka adalah contoh ikutan bagi kerja-kerja da’wah untuk mendaulatkan dinul-Lah. Allah swt telah mengabadikan pengorbanan mereka dalam FirmanNya:
Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. Surah At-Taubah – Ayat 100
Manusia seharusnya melihat kembali sejarah peribadi dan sejarah kemanusiaan itu sendiri. Sukar bagi kita untuk mernyebutkan suatu makhluk atau benda di alam ini tidak ada gunanya. Bahkan seekor nyamuk yang dijadikan, sejak lahir lagi sudah mengetahui apa yang perlu dilakukan dan fungsi dirinya sendiri. Oleh itu, adalah mustahil apabila insan yang Allah swt ciptakan dengan kejadiannya “ahsani taqwim” (pembentukan yang sempurna ) kejadiannya adalah untuk sia-sia.
Tujuan utama penciptaan manusia di muka bumi ini memainkan dua peranan yang telahdipertanggungjawabkan, iaitu sebagai hamba dan khalifah. Allah swt Berfirman:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". Surah Al-Baqarah – Ayat 30
Mengabdikan diri didalam ayat yang pertama memberi maksud, melaksanakan segala yang diperintahkan oleh Allah swt, dan meninggalkan segala yang dilarang olehnya. Sebagai seorang hamba wajib bagi kita untuk menjalankan ibadah-ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat, membaca Al-Quran, dan lain-lain. Sebagai seorang hamba yang beriman, kita terikat kepada lima rukun Islam. Rasulullah saw mengambarkan Islam itu sebagai sebuah bangunan yang disokong oleh lima batang tiang iaitu syahadatain, solat, puasa, zakat dan haji. Syahadatain diiIbaratkan sepohon pokok, akar itu merupakan dua kalimah syahadah. Syahadah merupakan kunci kehidupan dan tiang addin. Pemahaman muslim terhadap Islam bergantung kepada kefahamannya terhadap kalimah ini. Terdapat 3 prinsip syahadatain yang perlu kita ketahui iaitu:
¨Pernyataan la ilaaha illa Allah – penerimaan pengabdian kepada Allah sahaja.
¨Menyebut Muhammad Rasulullah merupakan dasar penerimaan cara perhambaan itu dari Muhammad sebagai ikutan.
¨Perhambaan kepada Allah itu meliputi segala aspek kehidupan.
Wahab bin Munabbih ditanya oleh seseorang: “ Bukankah la ilaha illallah merupakan kunci syurga?” Jawab beliau : “Benar, tapi setiap kunci mempunyai gigi. Jika engkau membawa kunci yang bergigi, sudah tentu syurga akan terbuka untukmu. Jika tidak, syurga tetap tidak akan terbuka.” Gigi kunci tersebut adalah syarat la ilaha illallah, yang diterangkan seperti berikut.
Syarat pertama: Mengetahui maknanya. Allah swt berfirman:
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ (١٩)
Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (Wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Surah Muhammad – Ayat 19
Disinijelas menunjukkan ketuhanan hanya milik Allah semata-mata. Ibnu Taimiyah berkata : “Tidak ada kesenangandan kenikmatan bagi hati melainkan dengan kecintaan kepada Allah dan mendekatkan diri dengan-Nya.”
Syarat kedua: Yakin tanpa ada keraguan. Orang yang mengucapkan kalimah ini mestilah meyakini kandungan maknanya. Iman hanya boleh diwujudkan dengan ilmu yang memberi keyakinan. Allah swt Berfirman:
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). Surah Al-Hujuraat – Ayat 15
Syarat ketiga: Menerima kesan dan kalimat tersebut dengan hati dan lisan. Al-Quran memberitahu bahawa Allah swt menimpakan azab kepada para pendusta yang merendahkan kalimat tersebut dengan angkuh:
Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya;" (ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah" - mereka bersikap takbur mengingkarinya, 35. serta mereka berkata: " Patutkah Kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?" 36. Surah As-Shaaffat – Ayat 35&36
Syarat keempat: Berpegang teguh dan berserah diri sepenunya. Allah swt berfirman:
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan. Surah Az-Zumar - Ayat 54
Di dalam ayat yang lain Allah swt Berfirman:
فَلا وَرَبِّكَ لا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا (٦٥)
Maka Demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan Engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah Engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. Surah An-Nisa’ – Ayat 65
Syarat kelima: Murni dari hati. Ibnu Qayyim berkata, “Mengakui tiada Tuhan selain Allah memestikan adanya sikap patuh dan taat terhadap aturan-aturan Islam serta mempunyai sikap membenarkan semua berita dari Allah, melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Realitinya kini, ramai dikalangan orang Islam yang mengungkapkan kalimah ini secara lisan, lalu ia mematuhi syaitan dan hawa nafsunya dengan bermaksiat”. Allah swt berfirman:
Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. 8. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya diri mereka sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. 9. Surah Al-Baqarah – Ayat 8&9
Syarat keenam: Ikhlas iaitu memurnikan amal perbuatan dengan niat yang baik. Allah swt berfirman:
Dan mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta mengeluarkan zakat. dan yang demikian itulah agama yang benar. Surah Al-Baiyyinah – Ayat 5
Syarat ketujuh: Mencintai kalimat tersebut, kandungan isinya, orang-orang yang mengamalkannya, dan berpegang pada kaedah-kaedahnya sekaligus membenci hal-hal sebaliknya. Firman Allah swt:
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Surah Al-Baqarah – Ayat 165
Yang dimaksudkan dengan mecintai segala sekutu-sekutu di sini ialah apa sahaja yang membuat kita berpaling dari agama Islam, tidak kiralah samada keluarga, tempat tinggal, kaum-kerabat, anak-pinak mahupun harta. Penyataan syahadat ini mengembalikankita pada dasar dan merujukkan segala persoalan kepada Allah. Menghadirkan Allah sebagai satu-satunya inspirasi dalam kehidupan akan memberi nilai positif selain menghadirkan kebesaran jiwa serta mencapai kebahagiaan.
(ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka; dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal. Surah Ali-Imran – Ayat 122
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. Surah At-Talaq - 3
عن عمر بن الخطاب قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم لو أنكم كنتم توكلون على الله حق توكله لرزقتم كما يرزق الطير تغدو خماصا وتروح بطانا
قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح لا نعرفه إلا من هذا الوجه و أبو تميم الجيشاني اسمه عبد الله بن مالك .قال الشيخ الألباني : صحيح
Rsulullah SAW bersabda : “Jika kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakkal maka Allah akan memberikan rezki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezki kepada burung, pagi-pagi keluar sarang dalam keadaan lapar, dan petang hari pulang ke kandang dalam keadaan kenyang.” Riwayat At Tirmidziy.
TA’RIF
Menurut Bahasa Arab, kata “Tawakkal” berasal dari kata wakalah, yang berarti mewakilkan urusan kepada pihak lain. Pihak yang mendapatkan pelimpahan disebut WAKIL dan yang melimpahkan disebut MUTTAKIL atau MUTAWAKKIL.
Kemudian kata tawakkal difokuskan pada pengertian:” Kepercayaan hati kepada wakil satu-satunya”
Pihak yang dianggap sebagai wakil ini harus memenuhi empat hal:
diyakini yang paling benar (muntahal-hidayah)
diyakini yang paling kuat (muntahal-quwwah)
diaykini yang paling lancar ( muntahal-fashahah)
diyakini yang paling perhatian dan kasih sayang (muntahas-syafaqah)
TINGKATAN
Dalam bertawakkal terdapat tiga tingkatan ketergantungan, yaitu :
Ketergantungan seseorang kepada Allah atas pengharapan agar mendapat perlindungan dan dapat membantu ketika kebutuan, sebagaimana keterikatan seorang pekerja kepada pengurusnya.
Ketergantungan seseorang kepada Allah bagaikan ketergantungan seorang bayi terhadap ibunya. Ia tidak mengenal orang lain selain ibunya, tidak merengek dan meminta susu kecuali kepada ibunya, ia tidak berserah diri kecuali kepadanya.
Ketergantungan seseorang kepada Allahbagaikan ketergantungan seorang mayat/jenazah terhadap orang yang memandikannya. Si mayat tidak menghalang dan hanya pasrah pada setiap apa yang akan dilakukan oleh pemandinya.
AMAL
Orangyang bertawakkal bukan bererti orang yang tidak berusaha sama sekali.Sikap tawakkal akan mempengaruhinya dalam empat sikap berikut ini :
Jalbun- naf’I al mafquud (menarik keuntungan yang hilang), seperti berusaha, berdagang.
Hifdhu maujuud (Menjaga yang sudah ada), seperti menyimpan dan menabung.
Daf’ud-dharar lam yazal (menghindari bahaya yang belum tiba), seperti tidak memakan makanan berkolestrol tinggi, mempersiapkan senjata.
Izalatud-dharar qad nazal (menghilangkan bahaya yang sudah menimpa), seperti berubat sewaktu sakit.
Hitunglah diri kamu dengan 'amalan yang kamu kerjakan setiap hari, sebelum kamu dihitungkan oleh Allah swt untuk penganugerahan kamu diakhirat kelak..
Borang Muhasabah ini dibuat untuk diedarkan kepada sesiapa yang sentiasa inginkan dirinya menjadi insan yang esok lebih baik dari hari ini, dan hari ini lebih baik dari semalam. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua dalam menjalani hidup seharian...InsyaAllah.
''Nurse, boleh saya tengok bayi saya?'' ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepda seorang jururawat.
Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyuman meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah bayi itu dan diciumnya berkali-kali sebaik sahaja bayi tersebut berada di pangkuannya.
Jururawat kemudiannya mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman bersilih ganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu.
Masa terus berlalu...
Pulang dari sekolah suatu tengah hari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek oleh rakan-rakannya. ''Mereka kata saya cacat,"katanya kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerima kata-kata tersebut dan dia muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap berasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk. Si ayah pula bertemu dengan doktor bagi merawat kecacatan anaknya. ''Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,'' kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu..........
''Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma tetapi dia mahu dirinya dirahsiakan,'' kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya bertambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikkan paras rupanya. Si anak cukup seronok tetapi dia tidak mengabaikan pelajarannya. Pada usia lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
''Sebelum saya berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,'' kata si anak berkali-kali. ''Tak mungkin,''balas si ayah. ''Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.'' ''Bila?'' tanya si anak.
''Akan tiba masanya anakku,'' balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu akhirnya tiba. Ketika si anak berdiri di sisi jenazah ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut jenazah ibunya.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
''Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,'' si ayah berbisik ke telinga anaknya. ''Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dialah satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.''
Ya Allah, Engkau ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dan rahmatilah mereka sepertimana mereka mengasihiku sewaktu aku masih kecil. SALAM ULANG TAHUN buat Ibuku yang tercinta Rahaimi bt Salleh. Semoga Allah sentiasa memberi ketenangan kepadamu wahai Ibuku...